Pengendali Malaysia B-23 Mahu Pemain Lebih Bijak Di Pentas Piala Asia

Pengendali utama skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) iaitu Juan Torres Garrido jelas kini menjadi individu paling sibuk membuat persiapan rapi untuk memastikan anak-anak buahnya tampil bersedia sebelum mengharungi saingan Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi.

Terdahulu, Malaysia B-23 berjaya melayakkan diri ke saingan tersebut dan ditempatkan dalam Kumpulan D bersama Kuwait, Uzbekistan, dan Vietnam yang dianggap serba mencabar sebelum mereka cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Tampil dengan pelbagai persiapan rapi dibuat termasuk mengharungi tiga perlawanan persahabatan, Malaysia B-23 jelas tidak ingin tampil selaku pelengkap jadual sahaja walaupun bakal menghadapi cabaran getir negara lain.

Terbaharu, Malaysia telah pun menghadapi China bagi siri perlawanan persahabatan tertutup menentang China dengan ia berkesudahan Harimau Malaya tewas menerusi keputusan 1-2.

Sebelum ini juga Malaysia telah pun melayan kunjungan India sebanyak dua kali dengan satu kemenangan dan satu seri dicatat skuad kendalian Garrido.

Beberapa perkembangan positif berjaya dicatat para pemain muda Malaysia dan mendapat perhatian Garrido, apatah lagi mereka berjaya mengikut segala perancangan diberikan jurulatih itu.

Walaupun begitu, pengendali dari Sepanyol itu mengakui mahu melihat terlebih dahulu jika para pemain kendaliannya ini mampu mengekalkan persembahan berkualiti itu ketika di Qatar nanti.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan pemain dan kita berbincang dengan mereka mengenai identiti dan corak permainan kita.

“Sudah tentu ada penambahbaikan perlu dilakukan, tetapi kita dapat melakukan apa yang dirancang dengan baik.

“Cabaran kita selepas ini adalah untuk mengekalkan corak permainan sama apabila berdepan pasukan kuat nanti. Sudah tentu ia akan menjadi bertambah sukar buat kami,” ujar beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Garrido mengakui aspek kekuatan fizikal tidak menjadi keutamaan beliau walaupun Harimau Malaya bakal berdepan cabaran lawan seperti Kuwait dan Uzbekistan.

“Sudah tentu ini bukanlah kekuatan kita kerana kita masih dalam pramusim. Tetapi kita perlu menggunakan kelebihan yang ada dengan pemain dibawa ke Qatar.

“Kita tidak boleh menewaskan lawan dengan kekuatan mereka, jadi kita perlu bermain dengan bijak dan gunakan kelebihan yang kita ada,” kata Garrido akhir sekali.

Hadir dengan barisan terbaik dibawa oleh Garrido, dijangka beberapa pemain kendaliannya mampu untuk mencuri perhatian pemerhati bola sepak di sekitar Qatar nanti.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN