Barisan pemain dan kejurulatihan Kelantan dilihat bakal mempunyai motivasi lebih tinggi selepas ini bagi perlawanan akan datang apabila ada sesuatu yang istimewa sedang menanti mereka.
Tanggal 18 Julai ini bakal menjadi satu detik yang sangat istimewa buat mereka apabila Kelantan bakal kembali beraksi di laman keramat mereka iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Keep training and keep learning until you get it right!!🔥#ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/kIgqJPlSXJ
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) July 9, 2022
Menurut Rezal Zambery Yahya selaku pengendali Kelantan, beliau mengakui dirinya bersama para pemain sudah lama menantikan saat tersebut setelah mengharungi perjalanan liga selama setengah musim 2022.
Untuk itu, Rezal mengharapkan agar barisan penyokong setia Kelantan dapat kembali memenuhi stadium tersebut untuk memberi sorakan padu buat pasukan dalam misi mereka kini untuk merebut kejuaraan Liga Premier 2022.
“Sudah lama saya dan pemain-pemain tunggu untuk bermain di Kota Bharu dan perlawanan pada minggu depan ini memang sesuatu yang istimewa.
“Sorakan dari penyokong setia Kelantan sudah pasti mahu didengari oleh kami yang secara tidak langsung akan memberi tonik tambahan kepada pemain-pemain.
“Saya juga mengharapkan stadium sentiasa dibanjiri dengan penyokong pada setiap kali perlawanan bila Kelantan menjadi tuan rumah,” katanya menerusi MFL.
Ketika ini, stadium tersebut sudah boleh digunakan kembali setelah diselenggara pada hujung tahun lalu dengan perlawanan pertama bakal dilangsungkan membabitkan Kelantan United terlebih dahulu menentang PDRM pada hari Sabtu.
Dua hari selepas itu, Kelantan pula bakal melangsungkan perlawanan di sana dengan UiTM FC bakal menjadi lawan mereka pada jam 4:45 petang.
Sometimes in football you have to score goals 👊🏻
📸 | @ken07_official #ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/LtIEsdIgSB
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) July 3, 2022
Selain itu, Kelantan juga telah diperkuatkan dengan import baharu mereka iaitu Kenta Hara dari Jepun serta pemain kelahiran Brazil iaitu Felipe Hereda bagi menggantikan khidmat Natanael Siringo Ringo serta Fadel Antar.
Mereka juga berjaya membawa masuk tonggak tempatan dalam usaha untuk menambah sengat dalam barisan pemain iaitu Abdul Latiff Suhaimi dan Shafiq Al-Hafiz.
“Saya merindui dan menantikan semangat juang #wira12 di stadium,” Gomo Kelate Gomo!https://t.co/PSPu11OTFz
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) July 6, 2022
Menurut pengendali tersebut, kehadiran dua import baharu itu dilihat mampu untuk meletakkan kelab dalam satu tahap lebih baik selain faktor pengalaman kedua pemain tempatan seperti Latiff mampu memberi sumbangan dari segi pengalamannya.
“Hara dibawa masuk untuk ambil tempat Siringo Ringo di bahagian sayap kiri manakala Hereda menguatkan posisi tengah selepas ketiadaan Mior Dani.
“Setakat ini saya lihat mereka boleh menambahkan lagi kekuatan pasukan terutama di bahagian tengah dan serangan.
“Latiff sudah pasti dalam aspek pengalaman, dia mampu memberikan sesuatu di bahagian pertahanan selain Khairul Helmi.
“Cuma ada sedikit kerisauan tentang kecergasan pemain kerana kita tiada minit permainan yang kompetitif selepas tidak beraksi hampir dua bulan.
“Namun apa lebih penting bagi saya adalah persefahaman pemain baru dan lama yang semakin menunjukan keserasian,” katanya.