Pengendali Kelab Gergasi Eropah Sertai Harimau Malaya?

Harimau Malaya kini mungkin boleh dikaitkan bersama jurulatih berpengaruh dari Eropah iaitu Ange Postecoglou selepas nasib pengurus itu bersama Tottenham Hotspur semakin terkontang kanting.

Menerusi laporan dikeluarkan Tottenham News, Daniel Levy mungkin akan menyingkirkan Postecoglou sebelum Krismas ini setelah prestasi hambar ditampilkan beliau bersama salah satu kelab elit England tersebut.

Jika segalanya menjadi realiti, tidak salah untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencuba nasib mendapatkan kepakaran beliau kerana Postecoglou sendiri berasal dari Australia.

Rekod sebelum itu menyaksikan Postecoglou pernah mengendalikan skuad kebangsaan Australia, dan membantu negara itu meraih kejuaraan Piala Asia musim 2015.

Kepakaran beliau itu menyaksikan dirinya turut mendapat tempat bersama Yokohama F. Marinos di Jepun serta menyertai Celtic dan Tottenham Hotspur.

Jika segalanya menjadi kenyataan, ia bakal memberi dimensi berbeza buat bola sepak negara kerana Postecoglou merupakan jurulatih berprofil tinggi serta memiliki reputasi gah di pentas Asia.

Umum mengetahui Malaysia kini sedang dikaitkan bersama beberapa jurulatih kelahiran Australia yang dijangka bakal diperkenalkan untuk menggantikan khidmat Pau Marti Vicente.

Seperti diketahui ramai juga, Harimau Malaya kini hanya menunggu masa sahaja untuk berganti kepada wajah baharu apabila ada rombakan dibuat membabitkan pengurusan tertinggi, kejurulatihan serta pengenalan pemain warisan.

Posisi jurulatih kini antara paling hangat dibincangkan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana rata-rata sudah mengetahui jodoh Pau Marti bersama skuad kebangsaan bakal tamat tidak lama sahaja lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua jurulatih dari Australia iaitu Peter Cklamovski serta Arthur Papas yang memiliki reputasi cukup baik selaku jurulatih bola sepak profesional.

Selain itu, bekas jurulatih Yokohama F. Marinos iaitu John Hutchinson kini dilaporkan sebagai calon pengendali baharu buat Harimau Malaya di pentas antarabangsa dan dikatakan sedang menunggu masa sahaja untuk diperkenalkan.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Scoop pula, Hutchinson dilaporkan bakal diperkenalkan secara rasmi pada 15 Disember ini sebagai tanda permulaan baharu buat revolusi bola sepak negara yang terdahulu tampak sedikit kelam.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan secara rasmi mengenai jurulatih baharu yang akan mengendalikan Malaysia tidak lama lagi.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN