Pengendali JDT Mahu Tampil Berwaspada Hadapi Cabaran ‘Pelajar Universiti’

Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu tampil berwaspada akan cabaran mampu dilakukan oleh Malaysian University Football Team (MUFT) pada aksi bakal berlangsung hari ini bagi peringkat suku akhir.

Atas kertas, JDT sebenarnya terlalu gah untuk cuba diatasi MUFT baik daripada segi pengalaman, kualiti permainan, atau barisan pemain untuk memenangi perlawanan tersebut.

Apatah lagi MUFT juga bakal berkunjung ke gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang dianggap sebagai kubu kuat buat Harimau Selatan selama ini di pentas domestik atau antarabangsa.

JDT bukan sahaja tampil cemerlang mengatasi pasukan setempat di SSI selama ini, malah catatan rekod juga menyaksikan kelab gergasi dari Jepun atau Korea Selatan juga pernah diaibkan Harimau Selatan.

Memandang pada aksi hari ini, Hector Bidoglio selaku pengendali utama JDT enggan memandang rendah akan cabaran lawan walaupun mereka merupakan pasukan separa profesional.

Malah Bidoglio juga melihat MUFT memiliki kekuatan tersendiri pada saingan ini selepas kejayaan mereka menewaskan PDRM bersama aksi cukup menyakinkan untuk mengejutkan ramai pemerhati bola sepak di Malaysia.

“Ini adalah bolasepak dan bagi kami ia perlawanan penting malah perlu memberi fokus untuk aksi seterusnya bagi memastikan kemenangan buat JDT dan sudah tentu kami serius untuk berdepan pasukan Universiti Malaysia.

“Sebagai pasukan profesional, kami tetap melayan mana-mana pasukan tidak kira pasukan itu bertaraf semi-pro kerana menganggap mereka berkualiti dan apa yang pasukan itu lakukan apabila menang 3-0 ke atas PDRM FC membuktikan mereka mampu beri cabaran.

“Untuk aksi suku akhir, kami akan turun dengan misi memburu kemenangan tatkala sebagai pasukan berstatus juara bertahan sudah tentu kami mahu mempertahankannya tapi kami tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya mahu bersikap berwaspada,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Bidoglio enggan menuruti kehendak segelintir peminat di media sosial yang mahu beliau mempertaruhkan bakat-bakat tempatan sahaja untuk berdepan MUFT.

Walaupun tidak menurunkan semua pemain tempatan, dijangka Bidoglio mungkin akan membuat beberapa rombakan pemain dalam senarai kesebelasan utama.

Aksi sebelum ini menyaksikan JDT tampil dengan senarai kesebelasan berbeza dengan gaya taktikal diterapkan oleh Bidoglio tidak termaktub kepada kitaran pemain sama.

Pemain seperti Fernando Forestieri dan bintang penyerang dari Brazil iaitu Bergson da Silva yang direhatkan pada aksi lalu berkemungkinan besar akan menjadi antara dipertaruhkan Bidoglio.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN