Pengendali JDT Anggap Kuching City Mampu Cipta Kejutan Tak Diduga

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hector Bidoglio tampil dengan sikap berwaspada untuk menghadapi aksi Liga Super seterusnya membabitkan pasukan itu berdepan cabaran Kuching City.

Walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, Bidoglio tetap meluahkan rasa berjaga-jaga untuk menghadapi skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

Apa tidaknya, Kuching City boleh dikatakan mengalami perubahan cukup ketara daripada segi corak permainan serta keputusan dilakar jika dibandingkan pada persaingan musim lalu.

Bawah kendalian Aidil, beberapa pasukan besar gagal untuk mencipta keputusan positif termasuk Selangor yang merekodkan kekalahan pada aksi suku akhir pertama Piala FA.

Maka, tidak hairan mengapa Bidoglio mengambil pendekatan untuk lebih berjaga-jaga atau mereka bakal kehilangan tiga mata penting pada aksi di laman sendiri itu.

Malah, beliau sendiri mengakui Harimau Selatan masih perlu memperbaiki beberapa perkara termasuk daripada segi taktikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan bakal dijelmakan oleh Kuching City.

“Kita harus bersedia untuk menang apabila berdepan ‘second ball’ dan mengelak daripada dibolosi lagi kerana apa yang terjadi selepas pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mampu menjaringkan gol perlu dielak dan ianya tidak harus berulang.

“Saya tidak nafikan ia perlawanan sukar buat kami apabila berdepan Kuching City yang dibarisi pemain hebat dan kami akan terus berusaha untuk mencari kemenangan,” jelas beliau menerusi perkongsian Buletin TV3.

Pada masa sama, Bidoglio turut mengakui beliau bakal membuat sedikit perubahan dalam senarai pemain menerusi sistem penggiliran mengikut kesesuaian taktikal berdepan lawan.

Malah, aksi tersebut dianggap cukup penting kerana JDT bakal meneruskan aksi di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) selepas ini menenyang Shanghai Shenhua pada 1 Oktober.

“Siapa yang akan beraksi menentang Kuching City, saya akan putuskan sehari sebelum perlawanan kerana ingin menilai setiap pemain terutama pemain yang perlu minit permainan selain membentuk barisan mantap bagi aksi ACLE,” ujar beliau lagi.

Antara pemain perlu diawasi JDT pada aksi hari esok sudah tentu melibatkan penyerang import Kuching City iaitu Jordan Mintah yang tampil sangat garang di hadapan gawang gol menerusi ketajamannya.

Malah, Kuching City turut mendapat kekuatan baharu di posisi tengah iaitu Moses Atede yang menjadi kunci kekuatan Kedah Darul Aman (Kedah) pada saingan musim lalu.

Sumber:
Buletin TV3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN