Pengendali Indonesia Minta Pemain Tidak Puasa Menjelang Aksi Bertemu Burundi

Jurulatih kebangsaan Indonesia iaitu Shin Tae-yong telah meminta kepada para pemain islam dalam skuad kendaliannya supaya tidak berpuasa menjelang aksi bertemu Burundi.

Sang Garuda bakal membuat perhitungan bersama negara dari benua Afrika itu pada 25 Mac ini dan sekali lagi membuat perhitungan tiga hari seterusnya dalam aksi persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Candrabhaga, Bekasi.

Menerusi senarai pemain Indonesia yang dipanggil, majoriti daripada mereka merupakan penganut agama Islam dan akan mula berpuasa pada hari Khamis ini sehingga 20 April depan.

Shin ketika ini menjadi antara individu paling sibuk mempersiapkan barisan pemain menerusi siri-siri latihan yang sudah diadakan dalam misi untuk meraih sesuatu positif menjelang pertemuan tidak lama lagi.

Menurut Shin, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk meminta para pemainnya supaya tidak berpuasa demi menjaga tahap konsistensi mereka di atas padang ketika hari perlawanan.

“Memang situasi ketika ini agak sukar untuk saya membuat keputusan, kerana para pemain perlu makan tepat pada waktunya.

“Ianya menjadi sukar kerana jika pemain tidak makan tetapi mereka perlu berlari dan membuat latihan, ianya akan beri kesan buat para pemain sendiri,” jelas Shin menerusi Bola.com.

Walaupun begitu, pengendali dari Korea Selatan itu tidak akan membuat keputusan secara drastik mengenai perkara tersebut, sebaliknya Shin akan berbincang isu ini bersama ketua agama terlibat serta para pemain sendiri.

Selain itu, Shin juga menyarankan supaya para pemain tidak berpuasa sehari sebelum perlawanan untuk menjalani latihan akhir dan mengelakkan sebarang masalah berlaku.

“Apapun, saya perlu berbincang terlebih dahulu bersama pemimpin agama dan para pemain supaya semua mampu memberi fokus pada hari perlawanan dan kalau boleh sehari sebelum itu.

“Para pemain perlu makan seperti biasa tnpa puasa. Mungkin ianya boleh digantikan semula selepas ini. Disebabkan itu saya perlu berbincang terlebih dahulu bersama pemimpin agama,” tambah Shin.

Menerusi senarai pemain ketika ini, Nadeo Argawinata, Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, Muhammad Ferarri, Witan Sulaeman, serta beberapa lagi nama lain dijangka tidak akan berpuasa demi memenuhi tuntutan aksi berdepan Burundi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN