Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengakui dirinya sedikit kesal selepas melihat banyak peluang yang dicipta oleh skuad bawah 20 (B-20) gagal diterjemahkan dalam bentuk gol dalam aksi terbaharu ketika menentang New Zealand B-20.
Pada aksi terbaharu ini, Indonesia mencatat kekalahan 1-2 ketika bertemu New Zealand biarpun mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri serta lebih menguasai perlawanan.
Tim U-20 Indonesia harus mengakui keunggulan Selandia Baru dengan skor akhir 1-2.
Terus berproses, adik-adik! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/MQOMTnvv36
— PSSI (@PSSI) February 19, 2023
Dua gol New Zealand masing-masing dihasilkan oleh Oliver Clotty serta Joshua Herdman pada separuh masa kedua, selepas aksi awal sebelum itu menyaksikan kedua negara tersebut lebih seimbang.
Gol tunggal Indonesia pula diledak oleh pemain bintang mereka iaitu Muhammad Ferrari sebelum wisel penamat dibunyikan untuk mengesahkan kemenangan buat New Zealand.
Selepas aksi tersebut, Shin mengakui dirinya sedikit kecewa dengan kualiti penyudah yang dimiliki terutama menerusi banyak peluang dicipta untuk mendapatkan gol.
Indonesia dilaporkan mempunyai empat atau lima peluang keemasan sebenarnya untuk mendapatkan jaringan yang mungkin akan mengubah keputusan perlawanan sebenarnya ketika aksi berlangsung.
Namun, ianya gagal untuk menemui dalam bentuk jaringan termasuk satu situasi keemasan ketika pemain tuan rumah iaitu Arkhan Fitri terlepas peluang ketika situasi berdepan penjaga gol New Zealand sahaja.
“Apapun saya mohon maaf kepada semua kerana kami tewas pada perlawanan kali ini. Harus diakui dalam setiap perlawanan dihadapi kita ada mendapat peluang, begitu juga lawan.
“Sepatutnya peluang yang kita dapat itu perlu diterjemahkan dalam bentuk gol, tapi sayangnya kita gagal menyempurnakannya dengan baik,” jelas Shin menerusi Bola.com.
Shin juga menyatakan Indonesia layak memperoleh sesuatu sebenarnya pada perlawanan ini, namun masalah penyudah masih lagi menghantui mereka.
Potret aksi perjuangan Tim U-20 Indonesia pada laga kontra Selandia Baru di Stadion Gelora Bung Karno! 📸
Masih ada banyak waktu untuk berbenah, semangat terus Garuda Nusantara! 🔥#KitaGaruda pic.twitter.com/OOGNzZnI0Y
— PSSI (@PSSI) February 20, 2023
Disebabkan itu, pengendali dari Indonesia itu mahu para pemain untuk mempelajari sesuatu daripada perlawanan tersebut agar mereka mampu untuk tampil lebih baik.
“Kalau kami mampu mendapatkan gol, sepatutnya ia akan membawa keputusan yang lebih baik pada penghujung perlawanan.
Berawal dari tendangan sudut, Ferarri berhasil memperkecil kedudukan melalui tandukannya.#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/S9Vtghtwqd
— PSSI (@PSSI) February 19, 2023
“Tetapi jika kami gagal mendapatkan sebarang gol, pastinya ia akan membawa kepada keputusan sedemikian, jadi saya dan para pemain perlu bangkit mengatasi masalah tersebut,” tambah Shin lagi.