Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong ketika ini boleh diangggap berada pada situasi yang agak sukar dalam misi untuk mempersipakan skuad bawah 20 (B-20) untuk mengharungi kejuaraan Asia B-20 serta Piala Dunia B-20 tidak lama lagi.
Ini kerana, pengendali tersebut masih lagi tidak mendapat kerjasama baik daripada sesetengah kelab menerusi pelepasan para pemain diingini dalam kem pusat yang sudah pun dijalankan.
Pengendali Indonesia Sakit Hati Dengan Sikap Tidak Profesional Ronaldohttps://t.co/dSfA0MkZWx
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 5, 2023
Untuk itu, pengendali dari Korea Selatan tersebut meminta agar semua pihak mampu memberi sokongan terbaik buat dirinya yang dianggap menghadapi saat-saat getit ketika ini.
Saingan Piala Dunia B-20 yang dijangka bakal berlangsung tidak sampai 100 hari sahaja lagi itu dianggap sebagai suatu misi penting buat Shin untuk sekurangnya membawa Indonesia melepasi sasaran peringkat kumpulan.
Beliau mengakui bebanan tanggungjawab itu kepada dirinya ketika ini, walaupun begitu Shin berharap agar semua pihak juga mampu untuk terus menyokong mereka sehingga segalanya mampu berjalan lebih lancar.
“Hanya lebih kurang 100 hari lagi sebelum saingan Piala Dunia B-20 untuk berlangsung, sesiapa pun tidak akan mampu melakukannya seorang diri.
“Apa diperlukan kini, kita semua perlu berganding bahu untuk menjadi satu sehingga segalanya dapat dilakukan.
Kami ketika ini memerlukan perhatian dan sokongan semua. Kita perlu mencapai kejayaan bersama-sama,” jelas Shin menerusi CNN Indonesia.
Sebelum menghadapi saingan tersebut, skuad kendalian Shin perlu melalui suatu kejohanan lain terlebih dahulu iaitu Piala Asia B-20 yang akan berlangsung di Uzbekistan.
Tim U-20 Indonesia menjalani laga uji coba kontra Persija Youth dengan skor akhir 3-1.
Terus berproses, Garuda Nusantara! ✊🏼🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/GyZwtRn61C
— PSSI (@PSSI) February 11, 2023
Saingan tersebut bakal bermula pada 1 Mac akan datang dan ketika ini para pemain yang terlibat masing-masing fokus menjalani latihan di kem yang ditetapkan oleh Shin.
Walaupun begitu, segalanya jelas tidak berjalan lancar dengan masih ada beberapa pemain tidak menyertai kem latihan pusat tersebut, selain dua tonggak utama iaitu Marselino Ferdinan bersama Ronaldo Kwateh masih belum memberi laporan lengkap kepada Shin.
Dua pemain tersebut jelas mengecewakan Shin selepas masing-masing dilaporkan menyertai pasukan baharu di luar negara tanp memberi sebarang laporan kepada dirinya dan masih lagi belum menyertai kem latihan pusat.
Namun ia mungkin akan melegakan sedikit pengendali tersebut, selepas Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam rangka menyambut momen penting yakni 100 hari menuju dimulainya Piala Dunia FIFA U-20 Indonesia 2023™, PSSI dan pemerintah melakukan event khusus di Satdion Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Kamis (9/2) sore. #FutureLegends #FU20WC pic.twitter.com/LmxOeNwIv0
— PSSI (@PSSI) February 9, 2023
“Untuk Shin, harap beliau bertenang sahaja ketika ini kerana saya akan menguruskan segalanya mengenai hal pelepasan para pemain tersebut tidak lama lagi,” jelas beliau.