Skuad kebangsaan Indonesia sejak kebelakangan ini berjaya mempamerkan suatu perubahan yang amat positif dalam corak permainan mereka yang dilihat berjaya memberi kegembiraan buat penyokong.
Kejayaan itu pastinya disebabkan oleh kepakaran yang dibawa oleh pengendali mereka ketika ini, Shin Tae-yong yang dilihat memberi impak positif dalam pasukan tersebut.
Dialling up the hard work! ✊🏼#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/npzizoiPqu
— PSSI (@PSSI) September 3, 2022
Namun, pengendali tersebut juga mengakui tidak mudah membentuk para pemain ketika ini sambil menjelaskan beberapa kelemahan masih lagi sukar diatasi.
Menurut Tae-yong, kelemahan tersebut jelas ketara kepada pemain-pemain tempatan Indonesia yang memerlukan masa untuk beliau mengubah menjadi lebih baik.
Tae-yong menjelaskan kelemahan yang ada pada pemain beliau ketika ini apabila mereka gagal untuk memanfaatkan situasi dengan lebih baik jika tidak berada berdekatan bola.
“Pertama sekali, kita perlu melihat situasi di atas padang. Para pemain perlu menilai keseluruhan perlawanan yang dihadapi sebelum mereka boleh bermain dengan lebih baik.
“Kalau kita lihat para pemain Indonesia ketika ini, mereka melihat bola dahulu untuk memulakan segala pergerakan. Sekiranya tiada, para pemain kekal statik,” jelas Shin Tae-yong menerusi CNN Indonesia.
Pengendali berpengalaman itu juga berkata, setakat ini beliau menekankan kepada para pemain agar sentiasa mencari ruang untuk membuka peluang dalam permainan.
Namun sehingga kini, hal tersebut nyata masih belum difahami sebaik mungkin oleh para pemain yang dilihat kurang berfikir dengan cepat untuk menilai situasi.
Tim U-20 Indonesia melakukan laga uji coba kontra Persis Solo U-18 pada Jumat (2/7). Hasil imbang tanpa gol menutup laga uji coba yang digelar di Stadion PTIK, Jakarta Selatan.
Terus berproses, Garuda Nusantara! 🦅#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/XbwOB9mY1H
— PSSI (@PSSI) September 2, 2022
“Kesimpulannya, pemain akan bergerak sekiranya bola ada di sekitar mereka. Itu sahaja di fikiran mereka. Tetapi selepas itu mereka tidak tahu untuk buat apa lagi.
“Untuk itu, saya menggesa kepada para pemain supaya lebih cepat berfikir dan membuat keputusan sewaktu beraksi di atas padang,” jelas beliau.
Sehingga kini, Tae-yong masih lagi tekun melatih para pemain Indonesia bawah 19 (B-19) menerusi kem latihan pusat yang dibuat untuk aksi Kelayakan Piala Asia B-20 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Indonesia berada dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Hong Kong, serta Timor Leste. Sasaran utama mereka adalah untuk melayakkan diri dalam kejohanan tersebut.