Pengendali Indonesia Beri Sebab Kenapa Mereka Hambar Untuk Piala AFF B-23

Penyerang berbisa Indonesia bawah 23 (B-23) iaitu Ramadhan Sananta terus mencuri tumpuan untuk aksi Piala AFF B-23 musim ini, selepas sekali lagi tampil berbisa di hadapan gawang gol.

Jaringan daripada penyerang muda meningkat naik itu berjaya memastikan Indonesia mencatat kemenangan tipis 1-0 untuk mengatasi Timor Leste semalam bagi perlawanan kedua mereka musim ini.

Sebelum itu, Indonesia memulakan kempen Piala AFF B-23 dengan langkah kiri selepas mencatat kekalahan tipis 1-2 di tangan Malaysia untuk aksi pembukaan.

Gol tunggal Indonesia ketika itu hadir di separuh masa pertama menerusi penyerang harapan merek, Ramadhan sebelum ianya dipadam oleh dua jaringan Fergus Tierney di separuh masa kedua.

Untuk aksi semalam, kelibat Ramadhan sekali lagi menjadi penyelamat buat Sang Garuda menerusi kualiti penyudah beliau untuk memastikan Indonesia berjaya memperoleh tiga mata pertama dan kini di tangga kedua Kumpulan B.

Hadir dengan reputasi tinggi selaku pemenang pingat emas Sukan SEA musim ini, Indonesia diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarainya.

Walaupun mencatat kemenangan, secara keseluruhan pengendali mereka Shin Tae-yong kurang berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan oleh anak-anak buahnya ketika bertemu pasukan lawan.

“Beberapa pemain yang kami bawa kali ini masih belum sedar bila beliau akan diberi peluang untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

“Dari segi panggilan pemain untuk kejohanan ini, kami tak bawa hampir 70% kekuatan penuh Indonesia.

“Liga Indonesia kini sedang berlangsung, dan sudah tentu setiap kelab tak akan melepaskan para pemain mereka untuk sertai saingan ini,” jelas Shin mengenai masalah konsistensi skuad kendaliannya menerusi laporan dikeluarkan CNN Indonesia.

Pada masa sama, Shin turut menyentuh masalah yang dihadapi para pemain semalam ketika berdepan Timor Leste, terutama sekali isu kualiti penyudah serta persefahaman antara mereka di atas padang.

“Pada pandangan saya, pada setiap perlawanan tahap kami mungkin akan bertambah atau makin menjatuh kerana situasi dihadapi kini sangat terbatas dan sukar.

“Walaupun begitu, kedua pasukan jelas berusaha sangat keras pada perlawanan ini, dan saya menghargai Timor Leste serta pasukan kendalian saya sendiri,” ujar Shin.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Indonesia masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya selaku status ‘runner-up’ terbaik sambil mengharapkan keputusan pasukan lain di kumpulan berbeza.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN