Pengendali Cong An Hanoi FC (CAHN FC) iaitu Alexandre Polking tahu akan kekuatan semasa mengenai pasukan lawan mereka hari ini, Kuala Lumpur City (KL City) bagi mengharungi perlawanan ACC Shopee Cup 2024/2025.
Terdahulu CAHN FC bakal menghadapi cabaran wakil kelab dari Malaysia itu untuk siri perlawanan keempat peringkat Kumpulan B, dengan berkunjung ke Cheras selaku pasukan pelawat.
Selepas melalui tiga aksi terdahulu, wakil pasukan dari Vietnam itu gah berada di kedudukan utama Kumpulan B dengan mengumpul sembilan mata keseluruhan daripada tiga kemenangan.
Sementara itu Buriram United (Thailand) dan KL City turut mengekori pasukan tersebut di tangga kedua dan ketiga selepas masing-masing mengumpul enam mata daripada tiga aksi dihadapi.
Melihat pada aksi ini, sudah tentu Polking ingin meneruskan rentak positif mereka untuk memperoleh kemenangan dan melangkah ke pusingan seterusnya.
Malah pengalaman luas beliau sebelum itu dalam dunia bola sepak di serata Asia terdahulu juga memberi kelebihan berguna kepada dirinya untuk mempersiapkan pasukannya dengan baik bagi menghadapi cabaran lawan.
𝑰𝒕'𝒔 𝑴𝒂𝒕𝒄𝒉𝒅𝒂𝒚!
🆚 Cong An Ha noi FC 🇻🇳#ShopeeCup🗓 23 January 2025
⏱ 9:00pm
🏟 Stadium Bolasepak Kuala LumpurDapatkan Tiket anda di Kaunter Tiket A (Stadium BolaSepak Kuala Lumpur), harini bermula 4pm – HalfTime! 🎟️
❌Tiada penjualan Secara Dalam Talian (online) pic.twitter.com/kwGZCheQdc
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 23, 2025
Malah rekod jurulatih dari Brazil itu bersama Thailand sebelum ini juga diakui cukup hebat pada suatu ketika untuk mengangkat negara tersebut antara berkualiti di Asia.
Menurut pengendali tersebut, beliau mengetahui mengenai kekuatan semasa KL City apabila mengenali beberapa nama pemain kelab itu yang turut merupakan anggota skuad Harimau Malaya.
“Kami berdepan kelewatan penerbangan, namun kami hadir dengan skuad penuh. Itu bukan masalah utama dan latihan akhir hari ini (semalam) untuk sesuaikan diri dengan padang.
“Saya sudah lama berada di sini (rantau Asia Tenggara) dan saya kenal ramai pemain termasuk KL City yang turut dibarisi pemain kebangsaan Malaysia.
“Kami tahu apa mereka boleh lakukan, namun fokus kepada apa yang kami mahu lakukan. Kami berharap dapat manfaatkan kesempatan ini untuk mara ke separuh akhir,” kata beliau menerusi laporan Kosmo.
Pada masa sama, Polking juga menyifaftkan pasukan tuan rumah kini jauh lebih tertekan kerana situasi semasa menyaksikan KL City perlu mencatat kemenangan jika ingin ke pusingan seterusnya.
“KL City pasukan bagus, memiliki pemain berkualiti dan mereka juga sudah biasa dengan padang di gelanggang mereka. Tetapi saya kekal yakin dengan pemain saya dan berharap mampu mencari pelan terbaik untuk harungi perlawanan kali ini.
“Bagi saya, KL City lebih tertekan karena mereka tahu mereka perlu menang untuk mara. Perlawanan pasti sukar, namun sasaran kami cukup jelas iaitu mendapatkan mata,” ujar beliau lagi.