Pengendali Burundi iaitu Etienne Ndayiragije meluahkan rasa kecewa beliau mengenai kualiti padang di Stadium Patriot selepas perlawanan membabitkan pasukan beliau bertemu tuan rumah, Indonesia.
Burundi dikejutkan oleh Indonesia pada perlawanan tersebut, selepas mereka mencatat kekalahan 1-3 kepada Sang Garuda untuk aksi pertama mereka walaupun tampil menguasai permainan.
Timnas Indonesia sukses unggul atas Burundi pada laga pertama FIFA Match Day.
Tetap fokus tatap laga selanjutnya, Garuda! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/L4MZP26Kf0
— PSSI (@PSSI) March 25, 2023
Selepas perlawanan tamat, Etienne telah pun memberi sedikit kritikan mengenai kualiti padang yang merencatkan sedikit corak permainan para anak buahnya yang tampil dengan serba tidak begitu menjadi.
Menurut Etienne, beliau tidak menganggap faktor cuaca yang mengganggu rentak permainan Burundi, sebaliknya keadaan padang menjadikannya tampil mengecewakan.
Selain itu, Etienne juga menyifatkan keadaan padang yang tidak rata serta becak telah menyebabkan setiap hantaran-hantaran cuba dibuat oleh para pemain menjadi tidak tepat dan mengganggu rentak permainan.
“Cuaca memang berubah-ubah, tetapi sebenarnya apa yang mempengaruhi corak permainan kami ketika itu adalah keadaan padang sendiri.
“Saya melihat sendiri beberapa situasi hantaran-hantaran dibuat tidak tepat, mungkin kerana keadaan padang itu sendiri. Bukan hanya kami, malahan Indonesia juga mengalaminya,” jelas Etienne menerusi CNN Indonesia.
Pelatih Burundi, Etienne, kecewa terhadap kualitas lapangan Stadion Patriot.
"Yang mempengaruhi permainan kami adalah lapangannya. Saya melihat operan tidak akurat karena lapangannya. Tidak hanya berpengaruh untuk kami juga ke Indonesia,” ujar Etienne.https://t.co/5xCEDOcuL3 pic.twitter.com/8SUHRlfdZo
— 𝙄𝘿𝙎 (@indosupporter) March 26, 2023
Pada masa sama, pemain naturalisasi Indonesia iaitu Marc Klok turut mengakui kenyataan tersebut dan menyifatkan keadaan padang pada perlawanan itu sangat teruk.
“Kami mampu mengawal bola dengan lebih baik, tapi sebenarnya keadan rumput agak teruk dan tidak mudah untuk kami bermain bola.
“Disebabkan itu kami perlu lebih berhati-hati dan menekan pasukan lawan dan segala kelemahan akan kembali diperbaiki untuk aksi seterusnya pula nanti,” ulas Klok.
Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kedua pasukan mengalami sedikit kesukaran untuk mengawal bola dan menyebabkan ada kesilapan-kesilapan terjadi di atas padang.
Walaupun begitu, ia tidak menghalang Indonesia untuk tampil lebih tajam di hadapan gol menerusi jaringan awal yang diledak oleh Yakob Sayuri pada minit keenam hasil umpanan daripada Stefano Lilipaly.
Tidak lama selepas itu, giliran pemain lincah Indonesia iaitu Dendy Sulistyawan pula menggandakan kedudukan, selepas menerima hantaran daripada Rachmat Irianto sebelum Rizky Ridho meledak gol ketiga Indonesia.
Marc Klok mengkritik kualitas rumput Stadion Patriot setelah match vs Burundi.
Sebelumnya pelatih Timnas Burundi, Etienne Ndayiragije mengeluhkan kondisi rumput di Stadion Patriot.
Semoga dapat di evaluasi dan diperbaiki, terutama untuk Fifa Match Day & Kompetisi Sepakbola… pic.twitter.com/WjcgNSM0nV
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) March 26, 2023
Burundi cuba bangkit di separuh masa kedua untuk lebih banyak menguasai serangan sebelum gol pasukan tersebut dihasilkan oleh Pacifique Niyongabire pada minit ke-51 dan kedudukan kekal tamat untuk Indonesia mencatat kemenangan pertama mereka 3-1.