Pengendali Bhayangkara Beri Sebab Kenapa Radja Nainggolan Belum Beraksi Sehingga Kini

Pengendali Bhayangkara FC, Mario Gomez tampil membuat kenyataan untuk menjawab persoalan kenapa Radja Nainggolan masih lagi belum dapat beraksi bersama mereka untuk saingan Liga 1 Indonesia.

Terdahulu, bekas pemain kebangsaan Belgium itu mengejutkan ramai pihak selepas beliau membuat keputusan untuk menyertai Bhayangkara FC di Indonesia beberapa hari lalu.

Nainggolan menjadi rekrut terakhir buat Bhayangkara ketika ini bagi jendela perpindahan kedua untuk saingan Liga 1 Indonesia.

Penyertaan Nainggolan menjadikan beliau sebagai pemain terbaharu yang sebelum itu mencipta sensasi di Eropah untuk beraksi bersama salah satu kelab di Indonesia.

Walaupun begitu, sehingga kini Nainggolan masih lagi belum mencipta sebarang penampilan buat pasukan tersebut dengan laporan semasa menyatakan beliau mengalami kecederaan.

Jelas Mario Gomez, keadaan fizikal Nainggolan ketika ini masih lagi belum berada di tahap terbaik, dan kemungkinan untuk aksi seterusnya beliau akan diletakkan sebagai pemain simpanan sahaja.

“Beliau telah pun turun dalam sesi latihan terbaharu bersama rakan sepasukan lain, sebelum itu dia mengalami kecederaan dan mungkin sahaja memerlukan lebih masa untuk dia kembali beraksi.

“Apapun, Nainggolan perlu berusaha sehabis baik bersama pasukan ketika ini untuk melayakkan diri beliau beraksi pada siri perlawanan akan datang,” kata Gomez menerusi CNN Indonesia.

Sebelum itu, Nainggolan dilaporkan bakal mencipta penampilan sulung pada aksi lalu ketika Bhayangkara berdepan PSM Makassar, sebelum ianya tidak dapat direalisasikan kerana bekas bintang Inter Milan tersebut mengalami kecederaan.

Pada masa sama, Gomez juga membangkang pendapat-pendapat luar menyatakan Nainggolan belum bersedia untuk beraksi buat pertama kali di Asia Tenggara selepas pemain tersebut hanya bermain di Eropah sahaja sebelum ini.

Malah pengendali berpengalaman itu juga sudah pun memikirkan alternatif lain untuk siri perlawanan akan datang jika Nainggolan masih belum bersedia untuk dibawa turun beraksi.

“Saya rasa Nainggolan tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cepat di sini, lebih baik untuk tanya dia sendiri tentang perkara ini.

“Saya sudah pun memikirkan solusi tersendiri untuk aksi akan datang jika Nainggolan tidak turun beraksi, dia mungkin hanya akan bermula di bangku simpanan untuk perlawanan seterusnya. Lihat sahaja bagaimana nanti,” tambah Gomez akhir sekali.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN