Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalelene, Bukan Pengganti Teong Kim

Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Saad Ichalelene sebelum ini telah pun disebut-sebut sebagai pengganti Lim Teong Kim untuk jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Namun demikian, berdasarkan laporan Bernama, nama bekas ketua jurulatih skuad B-14 Paris Saint-Germain (PSG) itu difahamkan tiada dalam senarai akhir. Terdapat sumber lain pula memaklumkan Saad sendiri menolak untuk mengisi jawatan tersebut.

Saad merupakan warga Perancis berketurunan Algeria yang dikatakan menjadi watak penting dalam menanam corak permainan moden dalam kalangan pelatih NFDP serta menerapkan kaedah kejurulatihan dan corak permainan dari Perancis ke semua peringkat Akademi Tunas (AT), Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Beliau dilantik selaku pengarah teknikal NFDP bagi menggantikan Teong Kim selepas berlaku penyusunan semula oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negera (MSN), Institut Sukan Negera (ISN), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Teong Kim yang juga bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich selama 12 bulan ditugaskan untuk fokus kepada tugasannya di AMD. Kontrak beliau akan berakhir pada 31 Oktober ini dan difahamkan khidmatnya tidak lagi disambung atas faktor gajinya yang terlampau tinggi.

Menurut sumber yang tidak didedahkan, Majlis Sukan Negara (MSN) dipercayai sudah pun memilih seorang calon untuk mengendalikan AMD dan pada awal November ini mereka akan mengumumkan perlantikan tersebut setelah mendapat persetujuan beberapa pihak.

“Ia (dilantik sebagai Pengarah AMD) seolah-olah menurunkan pangkatnya (Saad). Saad bukan calon dan tiada dalam senarai calon akhir untuk posisi tersebut.

“Daripada tiga individu dari luar negara dalam senarai akhir itu, kita telah kenal pasti individu tepat, untuk jawatan tersebut dan ia akan diumumkan November ini,” kata sumber ketika ditemui pada Seminar Memperkasakan PPBN di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dalam responnya mengenai perkembangan tersebut telah mengesahkan pihaknya telah sedia maklum mengenai calon berkenaan namun menjelaskan rundingan untuk memuktamadkan nama itu masih dalam proses rundingan.

“Sebelum 2020 ia (keputusan) akan dimuktamadkan. Calon memang kita sudah ada, tetapi kita perlu memukatamadkan proses tersebut dan ia bukan mudah. Ada beberapa rundingan yang perlu dibincangkan bersama dengan semua pemegang taruh,” jelas beliau.

 

Walau siapa pun calon yang akan menerajui AMD, pihak SemuanyaBOLA berharap biarlah individu itu yang benar-benar arif dengan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan berupaya melahirkan bintang bola sepak negara di masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN