Henrique: “Rabiot Sudah Tiada Hati Bermain Untuk PSG, Mahu Pergi Secara Percuma”

Pengarah Sukan PSG – Antero Henrique mengesahkan Adrien Rabiot sudah memaklumkan kepada beliau bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baharu di PSG.

PSG dan Rabiot sudah berbincang tentang kontrak baharu itu dalam beberapa bulan. Namun sejak akhir-akhir ini, keadaan semakin sukar. Ini selepas Rabiot tidak sehaluan dengan pengurus pasukan – Thomas Tuchel.

Rabiot sebelum ini disisihkan daripada kesebelasan utama kerana dia dan Mbappe lewat datang ke sesi taklimat pasukan berKetika itu kelab dalam persediaan menentang Marseille.

Dalam perlawanan menentang Liverpool di UCL, sekali lagi Rabiot disisihkan ke bangku simpanan kerana masalah disiplin. Beliau hampir tidak disenaraikan sepenunya ketika itu.

Tuchel menyatakan beliau tak suka menghukum pemainnya namun terpaksa melakukannya sebagai pengajaran bahawa para pemain harus sentiasa berdisiplin.

Rabiot kini dilaporkan tidak akan terlibat lagi dengan perlawanan melibatkan PSG selepas beliau menolak untuk menandatangani kontrak baharu. Kontrak semasa beliau berakhir pada Jun 2019.

Ini bermakna pada bulan hadapan beliau bebas untuk bercakap kepada mana-mana kelab bagi perpindahan pefcuma pada akhir musim ini. Antero Henrique terpaksa menerima hakikat bahawa Rabiot sudah tiada hati untuk terus kekal di PSG.

Henrique berkata: “Buat masa ini, kami tidak akan menyambung rundingan dengan Rabiot.”

“Keputusan ini dibuat oleh kelab selepas kelab beberapa kali berjumpa dengan pihak Rabiot – namun beliau memberitahu kami bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak baharu. Beliau mahu meninggalkan kelab ini secara percuma pada akhir musim ini.”

Beliau mengakui PSG mengenakan polisi di mana pemain yang tidak mahu menandatangani kontrak baharu yang hampir tamat boleh dikenakan tindakan seperti ‘dibekukan’ daripada pasukan utama.

“Buat masa ini PSG tidak akan bercakap akan hal ini. Untuk para pemain, mereka faham akan akibatnya: beliau akan kekal di bangku simpanan.”

Rabiot sudah bersama PSG sejak berusia 15 tahun lagi. Beliau dibangunkan daripada program pembangunan remaja PSG. Beliau sudah muncul lebih 215 perlawanan untuk PSG.

Berita ini telah menarik perhatian banyak kelab termasuk Barcelona, Liverpool dan Spurs. Rabiot merupakan antara pemain tengah yang berbakat besar. Namun seringkali tidak sehaluan dengan pengurus kerana sikap besar kepalanya.

Pada Piala Dunia 2018, beliau dengan terbuka enggan menerima arahan oleh Deschamps agar mengemaskini maklumat latihan peribadi – sebagai pemain dalam senarai menunggu.

Rabiot dengan beraninya mempertikaikan kenapa beliau diletakkan di senarai menunggu? dan beliau enggan melakukan apa yang diminta Deschamps. Rabiot meminta agar namanya dikeluarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN