Pengarah Sukan Bayern Munich Nafi Berhubung Dengan Arsene Wenger Untuk Gantikan Kovac

Bayern Munich secara automatik berjaya mara ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas meraih kemenangan besar menumpaskan SL Benfica, 5-1 dalam perlawanan ke-5 saingan kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) semalam.

Kemenangan tersebut telah berjaya membawa skuad Niko Kovac mengiringi Borusia Dortmund sebagai wakil Jerman untuk ke pusingan 16 terbaik.

Bagaimanapun, keputusan positif di pentas UCL masih belum cukup untuk menjamin kedudukan pengendali berusia 47 tahun itu bertahan di Bayern Munich.

Hal ini kerana prestasi pasukan dalam saingan Bundesliga agak mengecewakan.

Bayern Munich kini menduduki tangga ke-5 selepas 12 perlawanan dengan mengumpul 21 mata, ditinggalkan 9 mata dibelakang Borrusia Dortmund.

Cari pengganti Kovac

Ramai pihak menunding jari keatas Kovac dengan menuduh bahawa beliau sebagai punca utama kemerosotan Bayern Munich pada musim ini.

Kedudukan Kovac di Bayern dilihat mula goyah sejak September lalu apabila menyaksikan pasukan itu kerap memperolehi keputusan yang tidak menentu dalam saingan liga.

Setakat ini, Bayern telah mengalami tiga kekalahan selepas 12 perlawanan. Ia telah mencatatkan rekod buruk buat gergasi Jerman itu jika hendak dibandingkan pada musim 2017/18 yang lalu apabila pasukan hanya menerima 4 kekalahan selepas 34 perlawanan.

Sebelum perlawanan dengan Benfica, sudah ada desas-desus mengenai pemecatan Kovac dari kedudukannya bersama Die Roten.

Seri 3-3 dengan pendatang baru, Fortuna Düsseldorf menjadi kemuncak kepada spekulasi mengenai pemecatan Kovac.

Arsene Wenger ke Bayern ?

Timbul pula cerita mengenai pengganti kepada Kovac yang merupakan seorang pengurus berpengalaman iaitu Arsene Wenger.

Menurut sumber dari The Telegraph , pihak pengurusan dilaporkan berminat untuk mengadakan rundingan dengan Arsene Wenger bagi membawa pengurus itu menggantikan posisi Kovac.

Wenger yang tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas melepaskan jawatan di Arsenal pada  musim panas lalu, bagaimanapun enggan memberikan maklumbalas mengenai berita tersebut.

Nafi hubungi Wenger

Pengarah sukan Bayern Munich, Hassan Salihamidzic telah mengeluarkan kenyataan dengan menafikan bahawa pihaknya ada menghubungi Wenger untuk berunding mengenai jawatan panas tersebut.

Menerusi Sky Sport, beliau sebagai berkata; Bayern sama sekali tidak menghubungi Wenger atau mana-mana jurulatih lain untuk menggantikan tempat Kovac buat masa ini.

“Seratus peratus tidak menghubungi Arsene Wenger. Kami akan berkunjung ke Bremen dengan Niko Kovac sebagai pengurus kami dan kami akan menang, “

“Kami sering gagal untuk fokus pada perlawanan selama 90 minit, tetapi kami telah melakukannya dengan sangat bagus (bertemu Benfica) dan kami akan bangkit.”

“Cara pasukan mengambil tanggungjawab membuatkan saya senang, dan juga bagaimana Bayern Munich bermain, dan kami juga senang dengan jurulatih dan kelab.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN