Arsenal tidak pandai menggunakan Aaron Ramsey, kerana tidak meletakkan pemain itu di posisi yang betul. Pemain itu juga akan memberi kelainan di bahagian tengah Juventus pada musim hadapan.
Demikianlah perkara yang digariskan oleh Pengarah Kelab Juventus, Fabio Paratici mengenai pemain yang bakal menyertai juara Serie A tujuh kali berturut-turut itu pada musim panas akan datang.
Ramsey pemain serba boleh
Ramsey sah akan menyertai Juventus dengan perjanjian selama empat musim setelah bersetuju dengan pra kontrak yang ditawarkan oleh kelab berpengkalan di Turin itu. Kontrak Ramsey bersama Arsenal pula akan tamat pada penghujung musim ini.
Pemain antarabangsa Wales ini pernah beraksi di pelbagai posisi berlainan di bahagian tengah, termasuk sebagai penyerang sayap sepanjang tempoh 11 musim beraksi dengan The Gunners.
Namun Paratici berkata Juventus akan menggunakan pemain itu sebagai mezzala – satu peranan yang lebih ke hadapan di dalam sistem tiga pemain tengah – untuk mempergunakan sepenuhnya kebolehan menjaringkan gol dimiliki pemain itu.
“Pada pendapat saya Ramsey adalah pemain yang tidak pernah menemukan posisi terbaik beliau ketika di Arsenal. Beliau tidak pernah beraksi sebagai sorang mezzala, di dalam sistem tiga pemain tengah. Itulah posisi terbaik Ramsey,” ujar Paratici kepada Gazzetta dello Sport.
OFFICIAL | @aaronramsey to join Juventus from next season ➡ https://t.co/6PFO3O5bpv#SeeYouAaron pic.twitter.com/BHjNaE8y9i
— JuventusFC (@juventusfcen) February 11, 2019
“Ramsey akan bermain lebih teknikal, dan lebih banyak menerima bola akhir. Beliau bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol. Beliau adalah pemain tengah versi lain dari apa yang kami miliki sekarang.”
Allegri dan Dybala kekal
Paratici juga mengesahkan bahawa pengurus pasukan, Massimiliano Allegri dan penyerang dari Argentina, Paulo Dybala akan terus kekal bersama kelab tersebut melangkaui musim panas ini.
Sebelum ini Allegri dilaporkan sebagai salah seorang calon yang yang diintai oleh Manchester United untuk dilantik sebagai pengurus tetap menggantikan Ole Gunnar Solskjaer pada musim panas akan datang.