Mano Polking sedih tidak mendapat pingat walaupun Thailand muncul pemenang pingat perak acara bola sepak lelaki di acara Sukan SEA yang lalu.
Kesedihan tersebut turut dikongsi oleh pembantunya, Pena Viegas Luis Filipe yang menerima nasib yang sama.
Kebiasaannya, jurulatih dan pembantu jurulatih turut akan diberikan pingat di setiap kejohanan antarabangsa – termasuk Sukan SEA.
Penganjur tidak profesional?
Thailand tewas 0-1 kepada Vietnam di perlawanan akhir Sukan SEA edisi ke-31 yang lalu.
Pada mulanya, Polking seperti tidak menghiraukan dirinya tidak diberikan pingat. Tetapi ketika ditemui oleh anggota jawatankuasa pertandingan, Polking jelas kedengaran berkata: “Di mana pingat saya? Saya belum menerimanya.
Pembantunya, Luis Filipe pula menyalahkan pegawai perhubungan penganjur Sukan SEA Vietnam atas insiden tersebut.
“Mengapa staff kejurulatihan tidak menerima pingat? Cara mereka [penganjur] berurusan sangat tidak profesional,” persoal beliau.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Laporan oleh media Vietnam, VN Express menjelaskan perkara tersebut.
Menurut komiti penganjuran, pingat tidak mencukupi untuk pasukan Thailand kerana mereka membawa terlampau banyak anggota pasukan.
Menurut peraturan Sukan SEA, setiap pasukan hanya diperuntukkan 28 pingat sahaja.
Sekiranya pasukan membawa lebih banyak anggota – termasuk staff kejurulatihan – maka setiap pingat tambahan perlu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak penganjur dengan bayaran RM439 untuk setiap pingat.
Sehari sebelum itu skuad wanita Thailand juga tewas 0-1 kepada tuna rumah di perlawanan akhir bola sepak.
Bagaimanapun urusetia pasukan wanita Thailand telah berhubung lebih awal dengan pihak penganjur untuk menyediakan lima pingat tambahan untuk memastikan setiap anggota menerima pingat masing-masing.
Polking melepaskan peranannya bersama skuad B-23 Thailand selepas Sukan SEA untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada skuad senior Gajah Perang selepas in