Sejak Ballon d’Or diperkenalkan, hanya ada seorang penjaga gol yang memenanginya. Sehinggakan Ballon d’Or mulai digelar sebagai anugerah untuk penyerang sahaja.
Terbaru, penganjur Ballon d’Or iaitu France Football telah mengumumkan bahawa, ada anugerah khas untuk penjaga gol.
Di mana, penjaga gol terbaik akan diberikan Anugerah Yachine. Ianya bersempena dengan nama penjaga gol legenda dari Soviet iaitu Lev Yashin.
Lev Yashin dianggap penjaga gol terbaik dalam sejarha bola sepak, dan masih menjadi satu-satunya penjaga gol yang pernah memenangi Ballon d’Or pada 1963.
Oleh itu, France Football mengabadikan nama beliau di dalam anugerah khas untuk penjaga gol.
Perkara tersebut disahkan oleh France Football pada Khamis lalu. France Football turut mengumumkan Didier Drogba sebagai duta Ballon d’Or yang baru.
For the first time in history, we will reward the best goalkeeper of the season with our brand new trophy : Yachine Trophy 🧤 #yachinetrophy #ballondor pic.twitter.com/LW0fu2fjDq
— Ballon d'Or (@ballondor) September 19, 2019
Ballon d’Or asalnya merupakan anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik di Eropah, diundi oleh para pengamal media. Namun selepas itu ia menjadi acara global dan mengiktiraf pemain terbaik di dunia, dengan undian melibatkan para kapten dan jurulatih di seluruh dunia.
Anugerah Ballon d’Or tahun ini akan berlangsung pada 2 Disember ini. Dan 10 calon untuk Anugerah Yachine akan diumumkan pada 21 Oktober akan datang.