7 Tips Sebelum Membuat Lawatan Ke Stadium Old Trafford Dan Mengapa Ia Berbaloi

Jika anda merupakan peminat dan penyokong Manchester United, anda pasti pernah memasang cita-cita untuk ke pergi ke Old Trafford pada satu hari.

Syukur pada tahun lepas, saya berpeluang untuk pergi ke sesi lawatan stadium (stadium tour) Old Trafford.

Bagaimana untuk ke sana?

Untuk pengetahuan anda, Old Trafford terletak lebih kurang 15 minit perjalanan menggunakan bas dari Picadilly Garden atau 20 minit jika anda bertolak dari Kampung Melayu, Manchester.

Oh ya, jangan terkejut jika saya katakan di Manchester ada sebuah tempat yang bernama Kampung Melayu dihuni oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.

Harga tiket bas untuk ke Old Trafford adalah £2.5 (RM15). Anda boleh dapatkan bas bernombor 250 untuk ke sana.

Ini merupakan pemandangan pertama yang anda akan lihat apabila sampai di hadapan Old Trafford.

12189903_10153755724091171_6375888660897539636_n

Bagaimana untuk mendapatkan tiket stadium tour?

Pastikan anda membuat tempahan secara online sebelum stadium tour bermula untuk mendapatkan waktu lawatan yang anda mahukan.

(Link tempahan stadium tour secara online: KLIK SINI)

Harga tiket stadium tour adalah £14 (RM82) untuk satu tiket dewasa.

Tips: Dengan menggunakan kad keahlian rasmi Manchester United milik rakan (gambar bawah), saya berjaya mendapatkan tiket dengan harga £7 (RM41) seorang.

IMG_20151101_083847

Selepas membuat tempahan secara online, anda hanya perlu sahkan tempahan anda di kaunter.

Staf kaunter akan memberikan anda tag. Dengan tag tersebut, barulah anda dibenarkan untuk menyertai stadium tour dan masuk ke stadium.

Stadium tour ini berlangsung selama 40 minit.

Tarikan di Old Trafford

a) Tugu lagenda

Sepanjang perjalanan mengelilingi Old Trafford, anda dapat melihat tugu-tugu lagenda United.

Di bahagian utara stadium, anda akan dapat melihat tugu Sir Alex Ferguson (gambar bawah). Sebab itulah bahagian utara tempat duduk stadium dikenali sebagai The Sir Alex Ferguson Stand.

Di bahagian utara ini jugalah, terletaknya Red Cafe, muzium dan bilik trofi.

403px-Sir_Alex_Ferguson_statue_at_Old_Trafford

Di luar bahagian timur stadium, anda akan dapat melihat tugu The United Trinity dan Sir Matt Busby (gambar bawah).

mattbusby

Untuk pengetahuan anda, The United Trinity ini (gambar bawah) adalah tugu yang dibina untuk memperingati jasa trio George Best, Denis Law dan Bobby Charlton kepada kelab.

6704289973_68c7de4cf9_b

b) Manchester United Megastore

Memandangkan kami sampai agak awal sebelum stadium tour bermula, kami sempat menjengah ke Manchester United Megastore terlebih dahulu untuk dapatkan beberapa cenderamata.

Berikut merupakan pemandangan yang anda akan dapat apabila memasuki Manchester United Megastore.

Tips: Jika anda mahu membeli merchandises dengan harga lebih murah, anda boleh dapatkannya di kedai SportsDirect. Harganya lebih murah berbanding di dalam Megastore.

Selepas selesai membeli barangan di Megastore, kami terus ke tempat di mana stadium tour akan bermula.

IMG-20151101-WA0041

c) Red Cafe

Masuk sahaja melepasi kaunter, anda akan dapat melihat Red Cafe – sebuah restoran/bar bertemakan Manchester United.

12642490_10153933900061171_856855062946381939_n

Apa yang menarik tentang kafe ini adalah setiap tempat duduk akan diletakkan nombor jersi pemain.

d) Muzium dan bilik trofi

Anda juga berpeluang untuk melihat koleksi-koleksi trofi yang berjaya dirangkul oleh Manchester United serta jersi pemain sejak dari era George Best bermain.

12694574_10153933900731171_3331111697298361353_o

Anda juga berpeluang untuk bergambar dengan trofi English Premier League dan trofi UEFA Champions League.

e) Tempat duduk stadium

Anda juga akan dibawa oleh tour guide ke kawasan penonton di dalam stadium.

Di bahagian utara stadium atau turut dipanggil The Sir Alex Ferguson Stand, ia boleh menempatkan 26,000 penonton pada satu-satu masa – paling banyak berbanding bahagian lain di stadium.

12640318_10153933841261171_7079986714944053530_o

Di bahagian selatan merupakan tempat terletaknya bilik-bilik VIP untuk penaja dan penyokong eksklusif. Di bahagian ini juga, terletaknya ruang kerja untuk pihak media.

1498880_10153933843696171_8058438583858871385_o

Di bahagian barat stadium atau lebih dikenali sebagai Stretford End, adalah terletaknya tempat duduk penyokong United yang paling vokal, fanatik dan bising.

12696918_10153933843211171_205843535553057775_o

Di bahagian timur stadium, adalah terletaknya tempat duduk penyokong pasukan lawan dan sebahagian penyokong United.

12671932_10153933843386171_1926496986005839790_o

f) Bilik persalinan pemain

Seterusnya kami dibawa ke bilik persalinan Manchester United.

Di bilik sederhana inilah, pemain mempersiapkan diri untuk beraksi, segala perancangan taktikal dibuat, segala hair-drying treatment diberikan kepada pemain, segala kekalahan dikesali dan setiap kemenangan diraikan.

Di sini, setiap pengunjung diberikan masa untuk bergambar bersama jersi pemain kegemaran mereka.

g) Bilik persalinan pasukan lawan

Kami seterusnya dibawa ke bilik persalinan pihak lawan.

Disini kami mendapati jersi Real Madrid milik Cristiano Ronaldo dan jersi AC Milan milik David Beckham digantung sebagai simbolik pernah mengunjung ke Old Trafford sebagai pihak lawan.

12644823_10153933847806171_2557792235764481268_n

Sebelum stadium tour tamat, kami juga dibawa ke tempat dimana pemain beratur sebelum memasuki padang.

12647321_10153933849441171_7571212689526388213_n

Kesimpulan

Boleh katakan, semua pengunjung berpuas hati dengan layanan tour guide dan pengalaman daripada lawatan.

Beberapa pengunjung bukanlah peminat Manchester United juga bersetuju, pengalaman stadium tour ini adalah sangat berbaloi.

Sebelum pulang, kami dihadiahkan sijil penghargaan yang dibuat khas kepada semua pengunjung yang pernah melawat Old Trafford.

MUFC-Certificate

Baca juga: 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN