Pengalaman Luqman Hakim Beraksi Di Luar Negara Sangat ‘Mahal’

Nama pemain muda negara iaitu Luqman Hakim bin Shamsudin sekali lagi disebut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas beliau tidak terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan pada aksi bertemu New Zealand.

Apa tidaknya, Luqman merupakan antara nama bintang muda Malaysia yang suatu ketika dianggap cukup menyerlah sehingga mendapat perhatian daripada media-media luar negara.

Namun selepas karier beliau diteruskan ke luar negara, segalanya seakan tidak begitu menjadi buat Luqman sehingga kini dirinya mula tersisih untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Bermula dengan salah satu kelab di Belgium iaitu K.V Kortrijk, kini pemain muda tersebut dipinjamkan bersama pasukan dari divisyen ketiga Jepun iaitu YSCC Yokohama.

Timbul persoalan kini jika prestasi semasa Luqman semakin menurun kerana beliau juga menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat bersama pasukan tersebut.

Tampil penganalisa bola sepak iaitu Zakaria Rahim memberi pandangan mengapa Luqman tidak terpilih untuk mengikuti kem kebangsaan kali ini menghadapi cabaran New Zealand bersama rakan sepasukan lain.

Antara ditekankan oleh Zakaria adalah mengenai isu ‘match fitness’ Luqman yang dianggap ketinggalan berbanding rakan sepasukan lain buat Harimau Harimau Malaya kerana beliau kurang mendapat minit permainan secukupnya.

“Dalam skuad kebangsaan, jurulatih tidak cukup masa untuk bina kecergasan pemain. Mereka perlu mendapatkannya di kelab masing-masing. Semua yang dipilih perlu mempunyai kedua-dua ciri ini apabila melaporkan diri.

“Bersedia untuk diturunkan bila-bila masa di peringkat antarabangsa mengikut strategi dan taktikal jurulatih. Sebab itu setiap panggilan kebangsaan akan ada senarai kedua sebagai pemain menunggu.

“Apapun hanya coach Pau Marti sahaja yang mempunyai jawapan untuk persoalan ini kerana memilih pemain adalah hak prerogatif dia sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya,” kata beliau menerusi petikan Sinar Harian.

Pada masa sama, Zakaria turut menasihati Luqman supaya kekal bersabar dan sesekali tidak berputus asa untuk mencipta karier di luar negara.

“Berkat kesabaran, Insya-ALLAH satu hari nanti masanya akan tiba untuk melihat gandingan tempatan di barisan hadapan Arif-Luqman-Faisal (Halim) untuk Harimau Malaya.

“Pengalaman bermain di liga luar negara itu sangat mahal kerana ia bukan sahaja melibatkan cara berlatih dan bermain malah juga cara berfikir.

“Kemampuan bertahan untuk bersaing dengan pemain asing di luar bumi sendiri membuktikan bahawa Luqman seorang pemain yang berjiwa kental dan sedia harungi cabaran dan persaingan walau tidak mendapat glamour seperti pemain-pemain yang beraksi di bumi sendiri.

“Apa yang pasti, Luqman bukan jaguh kampung tapi seorang pemain yang berani,” kata beliau akhir sekali mengenai bintang muda dari Kelantan itu.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN