Pengalaman Jordi Amat Ditagih Indonesia Untuk ‘Merantai’ Lionel Messi

Jordi Amat bakal menjadi salah seorang pemain yang sangat bertuah musim ini, selepas beliau sudah hampir pasti akan terpilih untuk aksi persahabatan Indonesia menentang Argentina.

Menentang Argentina, ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa buat para pemain Indonesia kerana mereka bakal berdepan dengan ramai bintang dunia secara bersemuka di atas padang.

Tidak ramai sebenarnya pemain di Asia Tenggara kini yang memperoleh peluang terbesar untuk menemui jaguh handalan dunia, dan kesempatan itu pastinya digunakan sebaik mungkin oleh Sang Garuda.

Apatah lagi status Argentina yang merupakan juara Piala Dunia edisi lalu di Qatar yang menjadikan skuad kendalian Shin Tae-yong akan mendapat satu pengalaman terbaik seumur hidup.

Sebelum itu, laman rasmi Argentina telah pun mengesahkan mereka akan tiba ke Asia pada bulan Jun ini untuk menentang dua negara iaitu Australia dan Indonesia.

Argentina akan menghadapi cabaran Australia terlebih dahulu di China sebelum itu pada 15 Jun sebelum menguji Indonesia empat hari kemudian di Jakarta.

Daripada ramai pemain yang akan dipanggil Shin Tae-yong untuk menghadapi Argentina pada perlawanan tersebut, kelibat Jordi boleh dianggap paling mencuri tumpuan ramai.

Apa tidaknya, pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebelum ini pernah menghadapi pemain bintang utama Argentina iaitu Lionel Messi ketika mereka bersama-sama beraksi dalam saingan La Liga.

Sebelum menyertai JDT, pemain ini telah pun memulakan kariernya di Sepanyol untuk menyertai Espanyol serta Rayo Vallecano selama beberapa musim selaku tonggak pertahanan.

Menerusi pengalaman luas dimiliki Jordi dalam saingan La Liga, pastinya pemain tersebut bakal menjadi pertaruhan penting Shin untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Selain bakal mengekang pergerakan Messi, pastinya kelibat pemain lain seperti Alexis Mac Allister, Julian Alvarez, Lautaro Martinez, serta beberapa lagi bintang lain perlu diawasi oleh Jordi bersama rakan sepasukan lain.

Walaupun begitu, peluang untuk penyokong Indonesia melihat kelibat Messi mungkin sedikit tipis kerana pemain itu pastinya akan beraksi pada perlawanan menentang Australia di China.

Apapun, ia masih lagi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan kerana tidak ramai yang menjangkakan juara dunia bola sepak akan hadir ke Jakarta untuk bertemu Indonesia pada bulan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN