Pengalaman Di Pentas UCL Jadi Pertaruhan Utama Pemain Baharu Indonesia

Indonesia secara rasminya telah pun memperkenalkan pemain warisan baharu mereka iaitu Kevin Diks Bakarbessy untuk terus memperkukuhkan skuad kebangsaan mereka di pentas antarabangsa.

Menerusi perkongsian Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir semalam, beliau menyatakan Kevin secara rasminya bakal menyertai skuad Indonesia.

Menarik sebenarnya untuk diperkatakan mengenai pemain warisan terbaharu Indonesia ini kerana beliau memiliki pengalaman cukup menyerlah dalam saingan UEFA Champions League (UCL) sebelum itu bersama kelab diwakili, FC Copenhagen.

Menurut laman Bola.com, Kevin merupakan pemain yang mempunyai keturunan dari Ambon, Maluku dan beliau telah pun hadir ke Indonesia untuk pengesahan selaku warganegara secara rasmi.

Untuk rekod, Kevin sebelum ini pernah mewakili Vitesse, Fiorentina, Feyenoord, Empoli, AGF Aarhus, serta kini masih kekal bersama FC Copenhagen di Denmark selaku pilihan utama kelab tersebut.

Sepanjang bersama FC Copenhagen, bakal bintang Sang Garuda itu sudah pun beraksi sebanyak 144 perlawanan dan merekodkan 16 gol bersama 18 bantuan jaringan secara keseluruhan.

Daripada segi kesesuaian posisi di atas padang, Kevin mampu bermain selaku pertahanan kiri, kanan, serta tengah selain beraksi sebagai tengah bertahan serta sayap kanan.

Cuma kini, beliau dominan selaku pemain pertahanan tengah dan kualiti dirinya sudah pun dibuktikan bersama kelab itu dalam setiap perlawanan dihadapi.

17 kali penampilan di pentas Champions League

Pada usia 28 tahun, Kevin antara pemain yang kerap beraksi di pentas Champions League dengan beliau sudah pun mencipta 17 kali penampilan secara keseluruhan.

Bermula dengan tiga kali penampilan bersama Feyenoord, Kevin mengembangkan lagi karier beliau di pentas tertinggi Eropah itu kini sepanjang mewakili FC Copenhagen.

Lebih menarik, Kevin sudah pun berhadapan dengan Manchester City sebanyak lima kali sepanjang beliau beraksi dalam saingan Champions League.

Paling terbaharu sudah tentu ketika saingan musim lalu dengan membabitkan FC Copenhagen menentang gergasi England itu dengan mereka merekodkan kekalahan besar 2-6 kepada skuad kendalian Pep Guardiola secara agregat di pusingan 16 terbaik.

Selain itu, Kevin juga pernah menghadapi kelab gergasi lain seperti Manchester United, Bayern Munich, Borussia Dortmund, dan lain-lain lagi.

Sudah tentu pengalaman hebat beliau kini ditagih Shin Tae-yong untuk memastikan Indonesia kekal ‘mendunia’ di pentas antarabangsa pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN