Pengalaman Bersama Terengganu Buatkan Chanta Bin Lebih Bersedia Hadapi Cabaran Di Sukhothai FC

Thierry Chanta Bin

Pemain skuad kebangsaan Kemboja, Thierry Chanta Bin mengakui pengalaman dua musim beliau bersama Terengganu FC membuatkannya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran baharu di Toyota Thai League 1.

Chanta Bin, 28 tahun telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Sukhothai FC pada 3 Disember lalu.

Sukhotai FC merupakan pasukan yang menamatkan saingan Thai League 1 2019 di tangga ke-12 selepas mengumpul 34 mata hasil enam kemenangan, 16 keputusan seri dan lapan kekalahan.

”Ya, Liga Thailand merupakan liga yang terbaik di Asia Tenggara, jadi sebab itulah saya gembira untuk berada di sana dan mendapat peluang ini.”

”Saya sangat gembira dan teruja untuk menyertai Sukhothai dan memulakan cabaran baru,” ujar Chanta Bin bercakap kepada Camsports.

”Saya tahu bahawa saya perlu untuk bekerja keras seperti biasa dan banyak belajar untuk berjaya di sana. Sudah tentu, saya mendapat banyak pengalaman ketika bersama pasukan ternama seperti Terengganu dan kini saya lebih bersedia dari segi fizikal dan mental berbanding ketika mula menyertai Krabi FC [2017].”

”Sasaran saya masih lagi sama. Saya akan bekerja lebih keras berbanding orang lain untuk bermain seberapa banyak perlawanan yang saya mampu dan menonjolkan diri saya untuk berjaya bersama Sukhothai.”

Kredit foto: Sukhotai FC

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN