Pengadil Kontroversi Vietnam VS Thailand Disingkir Daripada Piala AFF?

Pengadil berasal dari Qatar, Saoud Ali Al Abda yang mengendalikan perlawanan separuh akhir pertama di antara Vietnam dan Thailand di Stadium Nasional pada Khamis lalu dikhabarkan telah disingkirkan daripada Piala AFF 2020.

Ali Al Abda mencuri tumpuan selepas perlawanan ‘panas’ Vietnam dan Thailand yang berakhir dengan kemenangan 2-0 kepada skuad Gajah Putih.

Thailand berjaya melakar kelebihan dengan kemenangan di separuh akhir pertama hasil dua gol jaringan Chanatip Songkrasin pada minit ke-14 dan ke-23 perlawanan.

Selain daripada jaringan tersebut, kekalahan Vietnam juga dikatakan disebabkan beberapa keputusan kontroversi oleh pengadil. Maka tidak hairanlah media sosial Facebook milik Ali Al Abda diserbu oleh penyokong bola sepak Vietnam.

Antara keputusan yang disoroti adalah tindakan beliau memberikan sepakan penalti kepada Thailand dalam situasi pertembungan 50-50 dan menyebabkan kecederaan kepada pemain Vietnam, dan kegagalan memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Thailand.

Menurut media Vietnam, Lao Dong, Ali Al Abda kini sudah pun meninggalkan Singapura dan tugasan beliau di Piala AFF dikatakan suda berakhir.

Selain Ketua Jurulatih skuad Naga Emas, Park Hang-seo, Vietnam melalui Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) turut vokal mengkritik kualiti pengadil selepas perlawanan.

Wakil kepada Presiden VFF, Tran Quoc Tuan berkata bola sepak Asia Tenggara kini sedang dalam momentum berkembang dan ke arah yang lebih positif. Jarak kemampuan setiap pasukan juga semakin rapat, menjadikan perlawanan lebih intensif dan sengit.

Disebabkan itu beliau berpendapat AFF perlu lebih serius dan fokus dalam kehohanan yang dianjurkan termasuk untuk memastikan kualiti pengadil.

Malah kini sudah ada cakap-cakap Vietnam mendesak agar Piala AFF 2022 akan menggunakan teknologi VAR untuk mengelakkan kontroversi melibatkan pengadil berterusan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN