Pengadil Rasuah, FIFA Arahkan Perlawanan Afrika Selatan vs Senegal Diadakan Semula

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 zon benua Afrika melibatkan Afrika Selatan menentang Senegal bakal diadakan sekali lagi. Perlawanan sebelum ini dibatalkan.

FIFA memutuskan perlawanan sebelum ini sebagai tidak sah selepas pegawai yang mengadili perlawanan tersebut, Joseph Lamptey disahkan terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Lamptey menghadiahkan penalti yang mencurigakan kepada Afrika Selatan untuk membolehkan negara tersebut menang 2-1. Dalam insiden tersebut bola terkena kaki Koulibaly namun Lamptey menyatakan ia terkena tangan.

Perlawanan semula ini akan dilakukan pada minggu antarabangsa November 2017 nanti.

Lamptey sudah pun didakwa dan didapati bersalah kerana mengatur perlawanan. Dia dijatuhkan hukuman gantung seumur hidup daripada segala aktiviti bola sepak.

Namun hukuman tersebut dilaporkan telah dikurangkan sedikit. Ini selepas Lamptey membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan. Lamptey buat masa ini tidak mahu memberikan sebarang komen di media berkenaan dengan isu ini.

Berikut adalah kedudukan semasa untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia Zon AFCON (Kumpulan D) selepas perlawanan tersebut ditolak.

Sudah pastinya keputusan FIFA ini memberikan impak yang lebih kepada Afrika Selatan. Kali ini skuad Afrika Selatan melalui kempen yang agak kritikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN