Pengadil Punca Sebenar Jatuhnya Darjat Liga Super?

Liga Super

Baru lima perlawanan Liga Super berlangsung, isu pengadil terus mendapat perhatian para peminat kerana beberapa keputusan yang boleh dipertikaikan oleh pemain itu sendiri mahupun peminat dari setiap pasukan.

Jadinya sekarang, adakah Liga Super begitu teruk disebabkan tiada pasukan yang mampu memberi saingan tahap terbaik sehingga sembilan musim juara yang sama atau pengadil itu sendiri yang menjatuhkan nilai liga?

Perlawanan yang membabitkan Sabah dan Penang malam tadi telah mencetuskan kontroversi dikalangan pemain kerana mereka mendakwa beberapa keputusan pengadil itu kurang tepat dan sedikit sebanyak telah menganggu rentak permainan pasukan.

Lima penalti termasuk dua kali ulangan dalam satu perlawanan. Sudah pasti ini menarik minat orang ramai ingin mengetahui apa yang terjadi sehingga berlaku sedemikian.

Bahkan pengulas sendiri secara spontan berkata yang membawa maksud keputusan tersebut boleh dipertikaikan.

Akan ada orang berbicara sebagai peminat harus mengetahui undang-undang terkini bola sepak agar keputusan pengadil itu tidak menjadi perdebatan yang sia-sia di media sosial namun jika ia kelihatan begitu jelas kesilapan dari pihak yang meniup wisel, siapa yang harus dipersalahkan?

Seperti lagu Orang Ketiga nyanyian Thomas Arya yang sama dengan situasi ketika ini.

Entah siapakah yang salah,Ku tak tahu,Yang kini menjadi,Beban fikiran,Dihati hatiku,Kau berlalu pergi.

Harus diketahui peranan pengadil sangat penting kerana mereka ini akan menjadi penentu sama ada perlawanan itu akan berlangsung dengan tenang atau akan berlaku ketegangan sesama pemain.

Memandangkan ketika ini liga sedang berehat untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan, molek rasanya jawatankuasa pengadil melakukan sesuatu anjakan paradigma agar selepas ini tiada lagi kontroversi melibatkan mereka.

Salah satu cara untuk mendidik peminat memahami apa tugas dan kenapa pengadil membuat keputusan seperti itu, boleh adakan hari bertemu peminat oleh beberapa pengadil yang kendalikan liga.

Acara seperti ini boleh dilakukan dalam tiga bulan sekali dan ini dapat membuktikan kepada peminat keputusan mereka adalah tepat manakala kritikan semberono peminat itu salah.

Akhir kalam, selaku peminat sudah pasti ingin melihat pasukan kesayangan kita menang apatah lagi jika pergi ke tempat lawan yang jauhnya tidak terkata namun ia bukan bermakna seseorang itu boleh kritik tanpa memeriksa hal sebenar.

Apa yang kita lihat di stadium tidak sama seperti kita lihat di rumah kerana ia adalah ulangan dan di situ akan terjawab siapa yang salah. Marilah kita menjadi peminat yang cendekiawan yang memberi komen membina kepada pasukan atau kepada pengadil kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN