Liga Mexico atau Liga MX merupakan antara liga terhangat di benua Amerika Utara.
Permainan yang menarik, penyokong yang fanatik serta harga tiket yang murah menjadikan liga ini merupakan antara liga paling menghiburkan di luar Eropah menurut portal The Guardian.
Mogok
Namun kini liga itu mencipta tumpuan dunia, hal ini kerana liga tersebut sedang dilanda masalah pengadil.
Liga MX terpaksa dibatalkan untuk satu minggu perlawanan selepas persatuan pengadil bertindak melakukan mogok terhadap liga tersebut.
Pelik bukan? Bukan selalu kita dengar pengadil buat mogok ni.
Mogok ini berlaku sebaik sahaja pengadil hendak masuk ke padang bagi mengadili perlawanan pertama liga untuk minggu tersebut diantara Veracruz dan Puebla.
Namun belum sempat pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, pengadil memperoleh arahan daripada persatuan pengadil agar melakukan mogok terhadap Liga MX.
Tapi kenapa?
Keputusan persatuan pengadil di Mexico untuk melakukan mogok terhadap perlawanan liga minggu lalu adalah kerana terdapat insiden ketika aksi Copa MX atau Piala Mexico.
Semuanya berlaku selepas pengadil memberikan kepada pemain Club America iaitu Pablo Aguilar dan juga pemain Toluca iaitu Enrique Trivero.
Kad merah yang diterima oleh kedua-dua pemain itu adalah pada 2 perlawanan yang berbeza ketika aksi Copa MX. Namun kedua-dua pemain itu memberikan respon yang sama kepada pengadil.
Kedua-dua pemain itu memberikan reaksi dengan mahu mengugut bunuh pengadil.
Tindakan kedua-dua pemain itu bagaimana pun telah diberikan hukuman oleh FA Mexico dengan Aguilar dikenakan perggantungan 10 perlawanan sementara Trivero dikenakan perggantungan 8 perlawanan.
Walaupun digantung, persatuan pengadil tetap mahu melakukan mogok.
Hal ini kerana, mereka mahu memberikan mesej kepada semua pemain yang pengadil adalah individu yang berkuasa di atas padang dan semua pemain mestilah menghormati mereka.
Baca juga: VIDEO: 10 Pemain Terbaik Eropah Dari Segi Kreativiti Mencipta Peluang