VIDEO: Lihat Bagaimana Pengadil Ini Menarik Balik Kad Merah Hasil Bantuan VAR

Dengan Liga Super yang bakal melaksanakan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) pada musim 2018, ada eloknya untuk kita mengkaji segala senario untuk mencari kelemahan dan loopholes VAR di liga-liga negara lain untuk tujuan pembaikan semula.

Antara liga-liga yang sedang menguji keberkesanan VAR ini adalah A-League (Australia), MLS (Amerika Syarikat), KNVB Cup dan play-off liga (Belanda).

Sebagai rekod, VAR bertindak sebagai pembantu pengadil dalam 4 hal yang berikut – kad merah, gol, penalti dan kekeliruan identiti pemain.

Jika anda ingin menyaksikan bagaimana VAR membantu keputusan pengadil dalam hal kad merah, mungkin video ini boleh membantu anda.

Kad merah ditarik semula di Belanda

https://www.youtube.com/watch?v=JWrViv18Rjw

Ketika play-off penyingkiran liga antara pasukan Eerste Divisie (divisyen 2 Belanda), NAC Breda dengan pasukan Eredivisie (divisyen 1 Belanda), NEC Nijmegen, berlaku insiden kad merah.

Pada minit ke-41 pertahanan NEC Nijmegen, Wojciech Golla diberi kad merah dan dihukum buang padang selepas didakwa menjatuhkan penyerang NAC Breda, Cyriel Dessers yang mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Sekali pandang, kad merah tersebut nampak adil.

Tetapi selepas diteliti dengan video, jelas Dessers juga ada melakukan tarikan baju kepada Golla. Pembantu pengadil yang mengendalikan VAR segera memberitahu maklumat baru tersebut kepada pengadil perlawanan.

Selepas melihat sendiri insiden tersebut dengan VAR, pengadil menarik balik kad merah Golla dan menghadiahkan sepakan percuma indirect kepada pasukannya.

VAR mendapat pujian

Rata-rata peminat bola sepak Belanda memuji keberkesanan VAR dalam mengurangkan keputusan kontroversi dalam perlawanan tersebut.

“Tanpa VAR, sudah pasti NEC Breda akan menerima impak paling besar (pemain dibuang padang) dalam perlawanan penting sebegini,” komen /u/spiralism di forum Reddit.

Tetapi ada juga peminat bola sepak yang mempersoalkan VAR dengan mengutarakan satu situasi hipotetikal:

“Bayangkan ada kesalahan kad merah. Tetapi pengadil membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan. Sebelum beliau sempat merujuk VAR berkenaan kesalahan tersebut, pasukan lawan sudah menjaringkan gol. Apa yang akan berlaku?”

Anda ada jawapan kepada soalan di atas? Kemukakan pendapat anda di ruangan komen mengenai VAR dan situasi kad merah ditarik semula ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN