Pengadil Malaysia Sering Terpalit Kontroversi, Pernahkah Mereka Mohon Maaf?

Liga M

Dalam perlawanan bola sepak biasanya mata penonton akan lebih tertumpu kepada pemain di tengah padang tetapi tahukah anda terdapat seorang lagi susuk tubuh yang paling penting selain pemain?

Ia adalah barisan pengadil yang ditugaskan untuk memastikan kelancaran perlawanan itu berjalan dengan baik tanpa berlaku sebarang kekecohan tidak diingini.

Nama pun pengadil, mestilah tugas mereka untuk mengadili perlawanan tanpa ada bias, bukan?

Persoalannya, adakah pengadil di Liga Malaysia (Liga M) telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik tanpa ada sebarang kontroversi?

Jika ada terpalit dengan beberapa kesilapan, apakah akan ada wakil pengadil memohon maaf secara terbuka untuk mengakui kesalahan tanpa sengaja dalam perlawanan tersebut?

Untuk berbicara secara adil, kita perlu melihat juga dari sudut pengadil kerana mereka juga manusia biasa. Terdapat dari mereka masih bekerja pada masa sama ditugaskan untuk mengadili perlawanan

Tambahan pula, Liga M masih belum ada Video Assistant Referee (VAR) untuk memastikan keputusan yang dibuat itu benar-benar tepat.

Di Malaysia, kita tidak kekurangan pengadil yang hebat kerana ada dari mereka telah mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seperti Mohd Amirul Izwan Yaacob, Nazmi Nasaruddin dan beberapa orang lagi.

Ini menunjukkan Liga M mempunyai pengadil yang berkualiti dan terbaik.

Tidak dinafikan, pandangan pengadil di tengah padang berbanding penonton adalah situasi yang berbebza apatah lagi mereka yang menonton perlawanan di kaca televisyen mampu melihat ulang tayang.

Pengadil membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka lihat ketika itu tanpa ada apa-apa bantuan selain pembantu pengadil.

Itu kerja mereka dan sebagai peminat bola sepak yang profesional, kita tidak patut menghukum mereka sewenang-wenangnya.

Akan tetapi apa yang menimbulkan kemarahan pemain dan penyokong adalah keputusan yang dibuat secara terang seakan-akan berat sebelah kepada satu pihak sehingga meragut kemenangan pasukan.

@al_iwanmeru

Sentiasa ada kontroversi game tumpuan…Benda dah tiup.. Selangor 1-1JDT #ligamalaysia#jdt#mklk#kingofmalaya#selangorsampaimati #luaskankuasamujohor

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 𝐄𝐯𝐚𝐧𝟓𝟗𝟗

Bagi pemain yang telah berjuang di atas padang untuk mendapatkan kemenangan secara tiba-tiba keputusan kurang tepat telah menyebabkan ia menjadi sebaliknya.

Lebih menyedihkan, apabila tiada permohonan maaf dari pihak terbabit untuk mengakui kesilapan dalam perlawanan tersebut.

Baru-baru ini, dua keputusan kontroversi terjadi membabitkan bakal juara Premier League (PL) Arsenal dan Brighton & Hove Albion dimana keputusan yang dilakukan oleh pengadil yang bertugas gagal mengesan dengan tepat kedudukan ofsaid menerusi VAR.

Oleh yang demikian, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) mengesahkan ketua pengadil, Howard Webb telah memohon maaf kepada pasukan tersebut dan mereka berjanji akan baiki kesilapan yang berlaku.

Ini yang penyokong inginkan iaitu ada permohonan maaf dari pihak terbabit dan kontroversi dapat dihentikan tanpa ada tuduhan yang mengatakan pengadil tersebut ingin membantu sesebuah pasukan sahaja.

Isu pengadil ini bukan sahaja berlaku di Malaysia akan tetapi ia terjadi di seluruh dunia bahkan setiap kali edisi Piala Dunia pun pasti akan tercetus kontroversi antara pengadil dan pemain.

Ada masa keputusan yang dikatakan tidak adil oleh sesetengah penyokong itu adalah tindakan tepat oleh pengadil namun sedikit kekurangan ilmu bola sepak menyebabkan penonton bertindak semberono.

Liga M akan membuka tirai pada 24 Februari ini dan sebagai peminat mengharapkan isu melibatkan pengadil pada tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN