Pengadil Layang 8 Kad Merah

Perlawanan peringkat kumpulan Copa Libertadores 2020 antara Gremio dan Internacional diwarnai dengan lapan kad merah susulan insiden pergaduhan yang tercetus pada hujung perlawanan. Perlawanan berkesudahan 0-0.

Pengadil dari Argentina, Fernando Rapallini melayangkan empat kad merah untuk empat pemain dari setiap pasukan. Penerima kad merah dari Gremio adalah Pepe, Luciano, Caio Henrique dan dan Paulo Miranda.

Penerima kad merah dari Internacional pula adalah Edenilson, Moises, Victor Cuesta dan Bruno Praxedes.

Insiden bermula apabila pemain Internacional, Moises bertikam lidah dengan pemain Gremio, Pepe ketika perlawanan sedang memasuki minit ke-87. Perang mulut ini kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan fizikal selepas Moises bertindak menendang Pepe yang terbaring di atas padang.

Tindakan Moises ini membuatkan pemain-pemain Gremio bertindak menyerang Moises pula untuk melindungi rakan sepasukan mereka. Melihat Moises diserang, pemain Internacional yang lain pula menyertai pergaduhan.

Percaya atau tidak, perlawanan ini bukanlah rekod perlawanan yang kad merah paling banyak dilayangkan dalam sejarah kejohanan benua Amerika Selatan yang setaraf dengan UEFA Champions League ini.

Pada tahun 1971, pengadil perlawanan Boca Juniors (Argentina) menentang Sporting Cristal (Peru) pernah melayangkan 19 kad merah dalam satu perlawanan Copa Libertadores. Tiga pemain yang terlepas kad merah adalah penjaga gol kedua-dua pasukan dan seorang pertahanan Cristal.

Asal-usul Grenal – permusuhan Gremio dengan Internacional

Pergaduhan antara pemain dan pegawai Gremio dan Internacional sememangnya tidak mengejutkan kerana kedua-dua kelab Brazil ini mempunyai tradisi saling benci-membenci sejak awal abad ke-19.

Sebagaimana media Sepanyol melabel perlawanan antara Barcelona dengan Real Madrid sebagai El Clasico, media Brazil pula melabel perlawanan antara Gremio dengan Internacional sebagai ‘Grenal’.

Grenal berpunca dari isu sosio-ekonomi sebelum merebak ke sentimen bola sepak. Kini ia menjadi salah satu budaya hidup orang Gaucho – orang Selatan Brazil.

Kebanyakan penduduk wilayah Santa Catarina, Parana dan Porto Alegre di negeri Rio Grande do Sul menyokong salah satu daripada dua kelab sahaja; Gremio atau Internacional. Sebagai penduduk di tiga wilayah ini, anda tidak memilih Gremio atau Internacional.

Sebaliknya Gremio atau Internacional yang memilih anda. Ia bergantung kepada sejarah keluarga anda sokong pasukan mana satu, budaya kampung anda dan faktor demografik tempat anda membesar.

Gremio ditubuhkan pada 1903 oleh pendatang Jerman dari wilayah Porto Alegre yang majoritinya diduduki oleh golongan kelas pertengahan yang kaya. Pada awal penubuhannya, Gremio mengharamkan pemain bukan keturunan Jerman yang miskin daripada menyarung jersi kelab mereka.

Internacional pula ditubuhkan sekitar waktu sama – tetapi oleh anak pendatang Itali di pekan Rio Grande do Sul. Berbeza dengan Gremio, Internacional lebih terbuka dan kurang rasis.

Jadi anda boleh lihat – Internacional ditubuhkan kerana pengasasnya ‘menyampah’ dengan polisi ‘hanya untuk orang Jerman’ yang diterapkan oleh pengasas Gremio. Sejak dari itulah, roh Grenal mula ditiup.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai permusuhan antara dua pasukan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN