Pengadil Ke-4 Beritahu Suarez Kasari Varane Tetapi Tidak Dipedulikan Pengadil Utama

Referee Alejandro Hernandez dilaporkan tidak mengendahkan kata-kata daripada pengadil ke-4 ketika Luis Suarez menyepak Raphael Varane.

Ianya telah membawa kepada ciptaan peluang untuk gol kedua Barcelona yang disudahkan Lionel Messi dalam el clasico Ahad lalu.

Gol tersebut meletakkan Barcelona mendahului 2-1 dalam keadaan 10 pemain. Bale menyamakan kedudukan dan keputusan akhir adalah seri 2-2. Barcelona kekal tidak kalah dalam La Liga musim ini.

Pengadil ke-4, Ricardo Escudero Marin memberitahu Hernandez sebanyak 2 kali tentang perkara itu. Penyiar rasmi La Liga di Sepanyol telah mendedahkan rakaman komunikasi antara pengadil dalam program El Golazo de Gol.

Dengan jelas Marin memberitahu pengadil sebanyak 2 kali tentang insiden itu dan beliau berada dalam kedudukan terbaik menyaksikan insiden itu.

Luis Suarez sendiri mengakui ianya adalah faul dan beliau meneruskan larian kerana tiada wisel. Suarez berkata:

“Saya rasa ianya ada faul. Varane cuba mengawal bola dan kaki saya tersepak pada kaki beliau.”

Mutu pengadilan Hernandez mendapat kecaman daripada ramai pihak. Kedua-dua pasukan jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan beliau.

Real Madrid sepatutnya mendapat penalti ketika Marcelo dijatuhkan dalam kotak penalti. Gareth Bale berpotensi mendapat kad merah dan sekurang-kurangnya kad kuning ketika melakukan bentesan ganas ke atas Umtiti.

Seterusnya adalah, Jordi Alba mencekik Luka Modric juga tidak dikenakan tindakan.

Barcelona juga dibatalkan gol selepas pengadil tersilap menyatakan Ivan Rakitic ofsaid.

Selepas tamat perlawanan, Pengarah Real Madrid, Emilio Butrageuno berkata:

“Kami tidak suka bercakap tentang pengadil. Tetapi ada 2 insiden yang kritikal. Pengadil tidak memberikan penalti. Saya boleh terima kalau pengadil cakap tidak melihat insiden itu.”

“Tetapi jelas sekali pembantu pengadil berada dalam kedudukan terbaik untuk melihat insiden tersebut.”

“Keduanya adalah ketika gol kedua Barcelona, jelas sekali ada kekasaran ke atas Varane.”

Tetapi itulah el clasico. Tamat perlawanan pemain kedua-dua pasukan berjabat tangan dan berpelukan antara satu sama lain.

Pemain-pemain Real Madrid yang enggan memberikan guard of honour pada awal perlawanan telah mengucapkan tahniah kepada pemain pemain Barcelona. Mungkin Pique menyuruh Ramos jangan pura-pura lupa buka kumpulan whatsapp khas mereka selepas perlawanan ini.

Sergio Ramos turut membawa pulang jersi el clasico terakhir Iniesta dan beliau memberikan penghargaan kepada rakan beliau itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN