Pengadil JDT-Pohang Amat Dikenali Dan Dibenci Penyokong Indonesia

JDT tewas 4-1 kepada wakil Korea Selatan, Pohang Steelers dalam perlawanan ketiga Kumpulan G, AFC Champions League (ACL) pada malam tadi.

Walaupun mendahului melalui gol Leandro Velazquez pada minit ke-17 perlawanan, JDT bagaimanapun terus tenggelam selepas itu dengan tiga sepakan penalti pihak lawan, dan satu gol padang.

Pohang yang ketinggalan dalam perlawanan ini berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pertama perlawanan yang disempurnakan Boris Tashchy pada minit ke-27 perlawanan.

Penalti pertama diberikan setelah penjaring gol pembukaan, Leandro Velazquez telah dipersalahkan menjatuhkan Go Young-joon. Penyerang baharu mereka, Borys Tashchy mudah untuk menewaskan Farizal Marlias untuk mengikat semula kedudukan.

Bentesan Mauricio ke atas Mario Kvesic telah menghadiahkan Pohang Steelers penalti kedua dan ia disudahkan Kang Sang-woo selepas dua kali mencuba apabila Farizal Marlias dipersalahkan untuk keluar lebih awal ketika sepakan pertama diambil.

Pertahanan kanan, Matt Davies pula kemudian dipersalahkan mengasari Alex Grant di penghujung perlawanan untuk lawan meraih penalti buat kali ketiga dan pemain sayap, Lim Sang-hyub menambah derita buat Harimau Selatan untuk gol terakhir perlawanan.

Beberapa insiden melibatkan penalti pertama dan kedua yang diberikan kepada Pohang menyebabkan pengadil perlawanan, Shaun Evans menjadi perhatian.

Siapa Shaun Evans?

Shaun Evans adalah salah seorang jurulatih profesional yang berpengalaman luas mengadili perlawanan di Liga Australia, dan pertandingan-pertandingan lain di peringkat Asia.

Beliau mulai mengadili perlawanan bola sepak di Liga Australia mulai 2008. Namun ketika itu,beliau hanya bergelar pembantu pengadil. Evans yang  dilahirkan pada 21 Oktober 1987 itu mulai mendapatkan kepercayaan sebagaipengadil utama pada musim 2012/13.

Sepanjang karier sebagai pengadil, Evans pernah mengalami kecederaan bahu, iaitu pada musim 2015/16 menyebabkan beliau hanya sempat mengadili tujuh perlawanan pada musim tersebut. Evans bergelar pengadil profesional di Liga Australia mulai musim 2016/17.

Sebelum itu, Evans memiliki perkerjaan lain iaitu sebagai tukang batu. Kehebatan dan sumbangan Shaun Evans kepada Liga Australia menyebabkan beliau menerima anugerah pengadil terbaik pertandingan tersebut pada 2019.

Terkenal di Indonesia

Shaun Evans juga sebenarnya amat dikenali di negara jiran, Indonesia. Ia berikutan langkah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membawa pengadil asing ke Liga 1 pada 2017.

Pada minggu ke-33 Liga 1 2017 dalam perlawanan yang dianggap terbesar dalam bola sepak Indonesia di antara Persija Jakarta vs Persib Bandung, Shaun Evans menjadikan dirinya bualan penyokong bola sepak di Indonesia.

https://twitter.com/WismaBeritaCom/status/926415217004658689

Ia berikutan tiga keputusan kontroversi yang dilakukan pengadil tersebut. Pertama, Evans membatalkan gol yang jelas sah dijaringkan oleh penyerang Persib, Ezechiel Ndouassel pada menit ke-27. Yang kedua memberikan penalti kepada Persija tanpa penjelasan yang jelas.

Selepas itu Shaun Evans memberikan kad merah kepada Vladimir Vujovic dan membuat Persib memilih untuk walk-out pada minit ke-87 pertandingan.

Tidak cukup dengan itu, Shaun Evans sekali lagi menjadi perhatian rakyat Indonesia ketika perlawanan suku akhir Sukan Asia 2018 yang diadakan di Palembang, Indonesia.

Dalam perlawanan tersebut, Evans didakwa mengadili perlawanan berat sebelah. Pertama, Evans didakwa dengan mudah memberikan dua sepakan penalti meragukan kepada UAE pada setiap babak perlawanan. Gol penalti tersebut menyingkirkan Indonesia dengan kekalahan 2-1.

Tindakan Evans yang mengabaikan sikap penjaga gol UAE, Mohamed Alshamsi yang jelas membuang masa melengahkan sepakan turut tidak disenangi penyokong Indonesia pada ketika itu.

Penutup

Hakikatnya, manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Mengenai perlawanan JDT dan Pohang Steelers, anda nilaikan sendiri prestasi pengadil.

Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

 

Baca artikel menarik lain daripada kami:

5 Perkara Kekalahan JDT Kepada Pohang Steelers Di ACL 2021

Aymeric Laporte Kongsi Kisah Abaikan Perancis Untuk Jadi Pemain Naturalisasi Sepanyol

Akira Nishino Gagal Dijejaki Selepas Berakhir Kempen Thailand Di UAE

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN