Pengadil Insiden Sepak Pemain Nantes, Tony Chapron Digantung 6 Bulan

Pengadil Perancis, Tony Chapron yang terlibat di dalam insiden menyepak sebelum melayangkan kad merah kepada pemain Nantes akan digantung daripada tugas selama 6 bulan.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), dan Chapron telah digantung daripada mengadili mana-mana perlawanan oleh Ligue de Football Professionnel (LFP) sejak insiden berkenaan, ketika Paris Saint-Germain mencatat kemenangan 1-0 ke atas Nantes pada 14 Januari lalu.

Getty Images

Dalam insiden yang menjadi tular dan dianggap aneh itu, Chapron dilihat terjatuh selepas bertembung secara tidak sengaja dengan Diego Carlos, sebelum bertindak menyepak pemain tersebut sebagai reaksi.

Tidak cukup dengan itu, Chapron kemudiannya melayangkan kad kuning kepada Diego Carlos yang juga merupakan kad kuning kedua diterima pemain itu dalam perlawanan tersebut.

Hukuman terhadap Chapron telah diputuskan oleh komiti disiplin LFP ketika bermesyuarat semalam.

(Photo by Vincent Michel/Icon Sport)

Kenyataan daripada LFP dipetik sebagai berkata:

“Selepas mendengar penjelasan daripada Tony Chapron dan membaca laporan insiden tersebut, pihak LFP memutuskan bahawa Tony Chapron akan digantung selama 6 bulan, dengan 3 bulan daripada tempoh tersebut akan ditangguhkan.”

Chapron telah memberikan kenyataan permohonan maaf sehari selepas insiden tersebut, dan kad kuning kedua yang dilayangkan kepada Carlos kemudiannya ditarik balik.

Presiden FC Nantes, Waldemar Kita dipetik sebagais berkata kepada L ‘Equipe:

Nantes’ French Polish president Waldemar Kita (L) chats with Nantes’ Italian head coach Claudio Ranieri. (Photo credit should read LOIC VENANCE/AFP/Getty Images)

“Saya menerima lebih daripada 20 pesanan khidmat ringkas (SMS) dari seluruh dunia yang berkata pengadil tersebut ialah satu jenaka.”

“Apa yang anda mahu saya katakan? Jika saya bercakap terlalu banyak, maka sayalah yang akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin. Kami tidak mempunyai hak untuk bersuara.”

“Ia jelas kelihatan seperti satu skandal. Beliau melayangkan kad merah kepada pemain yang tidak melakukan sebarang kesalahan. Pengadil ini perlu kembali ke sekolah. Tindakan beliau sangat amatur.”

French referee Tony Chapron (L) arrives to appear before the French Professional Football League (LFP) disciplinary commission in Paris, on February 1, 2018, after kicking Nantes defender Diego Carlos during a match. (Photo credit should read LIONEL BONAVENTURE/AFP/Getty Images)

“Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini sebelum ini. Beliau perlu digantung selama 6 bulan. Jika kami yang melakukan tindakan sedemikian, kami sudah pasti akan digantung selama 6 bulan,” bidas Kita.

Sebelum ini media cetak di seluruh Perancis pernah melaporkan sebelum insiden tersebut berlaku bahawa Tony Chapron akan bersara sebagai pengadil pada akhir musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN