Pengadil Dari Manchester Dipilih Adili Perlawanan United Lawan Liverpool

Premier League

Aksi panas Premier League minggu ini telah mula terasa bahangnya selepas senarai pegawai perlawanan dikeluarkan.

Pihak Premier League telah mengesahkan yang pengadil berasal dari Manchester, Anthony Taylor telah dilantik sebagai pengadil bagi perlawanan terulung bola sepak Inggeris ini.

Beliau bakal dibantu oleh Gary Beswick dan Lee Betts sebagai penjaga garisan.

Selain itu, Stuart Attwell dan Marc Perry bakal membantu Taylor sebagai pengadil Video Assistant Referee (VAR).

Ada wakil Liverpool

Pemilihan Taylor sebagai pengadil bagi aksi yang bakal diadakan di Old Trafford ini pastinya mengundang rasa kurang senang penyokong Liverpool.

Mana tidaknya, pasti ada sebahagian daripada penyokong The Reds berasakan yang Taylor akan berlaku berat sebelah dengan lebih memihak kepada tuan rumah.

Akan tetapi, dalam senarai yang dikeluarkan, terdapat satu nama yang berasal dari Liverpool.

Mike Dean yang berasal dari Merseyside akan menjadi pengadil keempat dalam aksi panas itu.

Walaupun Taylor berasal dari Manchester tetapi tidak dapat dipastikan sama ada beliau ada menyokong Manchester United atau Manchester City.

Jadi, keraguan tidak sepatutnya muncul terhadap pengadilan Taylor.

Begitu juga dengan Dean yang secara terang dikenali sebagai penyokong Tranmere Rovers – salah sebuah kelab kecil di Liverpool.

Pastinya, kedua-dua pengadil serta pegawai perlawanan yang lain akan menjalankan tugas dengan adil dan tidak berat sebelah.

Diharap, perlawanan Ahad ini akan dilangsungkan dengan adil dan saksama kepada kedua-dua pasukan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN