Jurgen Klopp menyifatkan pengadil perlawanan suku akhir UEFA Champions League membabitkan pertemuan di antara Real Madrid menentang pasukan kendaliannya sebagai berat sebelah. Liverpool tewas perlawanan tersebut dengan jaringan 3-1 pada awal pagi tadi.
Klopp tidak dapat mengelakkan dirinya dari mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan, Felix Brysch selepas pengadil itu mempersalahkan Sadio Mane atas satu terjahan oleh pemain dari Senegal itu yang menjurus kepada gol kedua Los Blancos.
“Pada saya ia adalah perkara yang sangat peribadi. Beliau [pengadil] menyalahkan satu terjahan bersih seperti melakukan simulasi,” ulas Klopp mengenai insiden tersebut.
“Tetapi apabila dia [Mane] jatuh, ia tidak betul [bagi pengadil]. Jadi saya katakan kepada beliau [pengadiol], bahawa saya berpendapat beliau tidak berlaku adil terhadap Sadio.
Jurgen Klopp says he thought the referee had something personal against Sadio Mane tonight 😳 pic.twitter.com/TmWRF57AP6
— GOAL (@goal) April 6, 2021
“Tetapi itu bukan punca utama kami tewas perlawanan ini. Kami memang tidak bermain dengan baik.”
Di sebalik rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan, Klopp menerima hakikat bahawa prestasi yang ditampilkan anak buahnya di Estadio Alfredo di Stefano sememangnya tidak layak untuk memperolehi apa-apa dari perlawanan tersebut.
“Jika anda mahu melangkah ke separuh akhir, anda harus beraksi seperti anda berhak berada di situ,” kata Klopp lagi.
“Kami tidak beraksi seperti kami berhak dalam perlawanan tersebut, terutamanya pada babak pertama perlawanan.
'For me it was personal' – Klopp slams referee for Mane treatment after Liverpool lose to Real Madrid https://t.co/7HzEN5n1fE pic.twitter.com/LdDoEw8vHJ
— GOAL South Africa (@GOALcomSA) April 6, 2021
“Satu-satunya perkara positif yang saya boleh ambil ialah perlawanan ini hanya sebahagian dari perlawanan yang perlu dilalui.
“Kami gagal mempamerkan bola sepak yang mampu menghadirkan ancaman buat Real Madrid.
“Kami membenarkan mereka bermain dengan mudah. Kesilapan sebegini berlaku.
“Kami tidak layak memperolehi lebih, tetapi satu gol pada babak kedua adalah ok. Ia memberikan sedikit nyawa.”
Walaupun akan beraksi di tempat sendiri selepas ini, Liverpool terpaksa beraksi di Anfield yang kosong – berbeza sekali ketika mereka menghadirkan magis menyingkirkan Barcelona pada 2019.
“Ia pasti berbeza,” akui Klopp lagi.
“80% dari perlawanan tersebut adalah kerana atmosfera dari stadium. Tetapi kami tetap akan memberikan yang terbaik.”
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:
UCL 2020/21: 3 Perkara Dari Kejayaan Real Madrid Tumbangkan Liverpool
5 Sebab Liverpool Perlu Sambar Cristiano Ronaldo Jika Juventus Sudah Muak