Myanmar bukan lawan yang sukar dan mereka juga bukan lawan yang harus diambil mudah. Mereka menghantar rata-rata pasukan Piala Dunia Remaja mereka sebelum ini.
Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan terikat kutipan mata dengan kelebihan perbezaan jaringan adalah milik pasukan Myanmar.
1. Prestasi Semasa 5 Perlawanan Terakhir
Myanmar dan Malaysia masing-masing gagal mencipta streaks kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Dalam tempoh tersebut Myanmar tewas 2 kali dan Malaysia hanya sekali.
Myanmar menjaringkan 7 gol dalam 5 perlawanan terakhir, 3 daripadanya adalah dalam perlawanan menentang Kemboja.
Malaysia pula menjaringkan hanya 6 gol daripada 5 perlawanan terkhir dan 3 daripadanya juga daripada perlawanan menentang Kemboja.
Daripada jumlah 5 perlawanan tersebut juga Myanmar telah melepaskan 6 bolos, dan Malaysia pula melepaskan 5 bolos daripada 5 perlawanan terakhir.
Berdasarkan graf semasa, kedua-dua pasukan berada dalam prestasi yang setara.
2. Rekod Pertemuan
Kedua-dua pasukan pernah bertemu 13 kali dengan masing-masing menang 4 perlawanan. 5 lagi perlawanan adalah seri. Malaysia merekodkan 16 gol dan Myanmar pula mencatatkan 13 jaringan ke dalam gawang pasukan Malaysia.
2 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan kedudukan seri. Kali terakhir Myanmar menang ke atas Malaysia adalah pada November 2008 dalam perlawanan persahabatan.
Manakala kali terakhir Malaysia menang ke atas Myanmar adalah pada Jun 2011, juga dalam perlawanan persahabatan.
3. Taktikal Myanmar
Pasukan ini jelas mengamalkan bola sepak berorientasikan serangan balas terutamanya dari sebelah kanan. Mereka juga memiliki kemampuan yang baik dalam kepantasan dan juga penyudah yang berkesan.
Kelemahan pasukan ini adalah, mereka akan agak bermasalah jika berhadapan dengan pasukan yang beraksi agresif ke atas mereka.
Dalam perlawanan menentang Vietman, mereka agak lemah dalam perlindungan zon 14. Ini adalah penjelasan bagaimana Vietnam berkali-kali mewujudkan ancaman dengan taktikal hantaran diagonal ke half-space.
Lihat video di bawah ini:
Sekarang lihat pula cara gol ini dihasilkan.
Selain itu, Myanmar juga bermasalah untuk memgeluarkan hantaran bola silang. Ia mungkin kaedah yang akan digunakan oleh skuad negara kita pada malam ini.
4. Taktikal Malaysia
Ong Kim Swee masih belum ada taktikal dan formasi yang signifikan setakat ini. Namun pendekatan Malaysia lebih kepada permainan teknikal.
Malaysia bergantung kepada keupayaan pemain. Ia bukan masalah untuk Malaysia kerana kualiti beberapa pemain skuad negara kita.
Dalam 2 perlawanan awal, isu terputus (disconnection) hubungan dan terpatah (disjointed) organisasi antara elemen kelemahan pasukan negara kita.
Dengan perlawanan ini adalah perlawanan wajib menang, isu cengkaman di tengah adalah penting. Diharap skuad negara kita akan dominan di tengah.
Kedua-dua pasukan ada rekod bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan ini.
5. Pemain Tumpuan
Khairul Fahmi Che Mat (Malaysia)
Selepas aksi cemerlang ketika menentang Vietnam dan juga aksi matang dalam perlawanan pertama menentang Kemboja, penjaga veteran ini adalah pemain penting untuk perlawanan malam ini.
Vokal beliau amat diperlukan untuk memastikan pemain pertahanan beliau sentiasa bersiap siaga.
Aung Thu (Myanmar)
Pemain ini sudah menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini. Beliau memiliki permainan yang tenang dan penyudah yang berkesan.
Lihat sahaja cara beliau mencari dan mencipta ruang ketika menentang Vietnam. Ini bukan pemain yang harus diberikan ruang selesa.
Sebelum Wisel
Ayuh skuad Malaysia, kita matikan perjuangan Myanmar pada hari ini di hadapan penyokong mereka! Bawa perlawanan separuh akhir ke Kuala Lumpur!
Kami mengharapkan apa sahaja perancangan taktikal Datuk Ong Kim Swee akan membuahkan hasil dalam perlawanan kali ini!
#IngatBolaIngatRohingya
Kami di semuanyaBOLA bersama-sama dengan rakan-rakan kami yang lain untuk menyokong kempen Ingat Bola Ingat Rohingya.
Baca juga : Respon Kami Mengenai Kempen ‘Ingat Bola Ingat Rohingya’