Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard mungkin menjadi individu paling dibenci oleh penyokong The Red Devils disebabkan persembahan hambarnya sepanjang musim ini.
Bagaimanapun, pemain England berusia 27 tahun itu telah membuka mulut tentang apa yang berlaku kepada dirinya sehingga beliau ‘hilang punca’ sebagai seorang pemain bola sepak dan juga manusia biasa.
Musim ini Lingard hanya sembilan kali sahaja tampil dalam kesebelasan utama United dan gagal menjaringkan gol atau menyumbang bantuan jaringan sehinggalah perlawanan terakhir menentang Leicester City tempoh hari.
Jesse Lingard left it until the 98th minute of the final game to score his first league goal of the season 😅 pic.twitter.com/kxTSRXDXBo
— B/R Football (@brfootball) July 26, 2020
Namun beliau mengatakan kempen musim ini menjadi terlalu sukar buatnya di atas terlalu banyak sebab yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
“Saya tidak mahu menyerah kalah. Saya kenal diri saya sama ada dalam atau luar padang,” ujar Lingard dalam akaun Instagramnya.
“Itu bermakna saya perlu berusaha jauh lebih keras daripada sebelum ini dan percaya kepada mereka yang ada di sekeliling saya yang akan membantu saya kembali ke prestasi sebelum ini.
“Saya tahu penyokong terlalu kecewa, tetapi sepanjang saya di sini rasa kasih dan sayang saya kepada kelab ini tidak pernah luntur. Pasukan ini, kelab ini adalah keluarga saya dan saya akan terus bekerja keras untuk pasukan ini mencapai sasaran.”
Goals in the Premier League 19/20
— isaiah🇫🇷🇦🇷 (@Isaiah_Ds7) July 26, 2020
Jesse Lingard:1
Diego Maradona:0
Stats don’t lie 👑 pic.twitter.com/HrktADofUz
Mungkin ramai yang tidak tahu dalam kehidupan di luar padang, Lingard bergelut untuk menjaga dua orang adiknya disebabkan ibunya ditimpa penyakit sejak awal musim ini.
Prestasinya di United merupakan bukti nyata betapa masalah peribadi dan keluarganya itu telah memberi kesan yang besar di mana pada Disember lalu beliau mengakui ‘tertekan dan muram’.
“Saya gagal menunjukan prestasi yang baik dan dia [Solskjaer] tetap memberi peluang kepada saya, Dia mahu lebih [usaha] dari saya,” tambahnya lagi
Lingard turut mendedahkan pernah menjadi mangsa kutukan lisan termasuk ejekan perkauman semasa perlawanan Piala FA menentang Derby County di Pride Park pada bulan Mac lalu.
Manchester United and the police are looking into the abuse Jesse Lingard received after their FA Cup win at Derby County.
— BBC Sport (@BBCSport) March 6, 2020
More: https://t.co/f1CkwetAnW pic.twitter.com/32N2RsZalk
Dalam satu video yang tersebar di media sosial, seorang penyokong menjerit “kosong gol, kosong bantuan jaringan” kepadanya.
Walau apa pun yang berlaku, Lingard akhirnya kembali bangkit mendiamkan pengkritiknya dengan gol tunggal musim ini yang membantu United menamatkan musim ini di tangga ketiga dan mendapatkan slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Kontrak semasa Lingard di United akan tamat pada musim panas tahun depan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard dan Manchester United: