Ramai yang mempersoalkan bagaimana Paris Saint-Germain (PSG) boleh mengelakkan diri mereka dari dikenakan tindakan oleh UEFA melalui peraturan Financial Fair Play (FFP), selepas mengesahkan ketibaan Lionel Messi.
Lionel Messi kini sah menjadi milik Paris Saint-Germain (PSG) selepas pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama jaguh Ligue 1 itu.
Menurut laporan beberapa akhbar dan media Perancis, Lionel Messi dipercayai akan menerima tawaran lumayan sebesar €35 juta setahun (selepas cukai) di PSG.
A new 💎 in Paris!
PSGxMESSI ❤️💙 pic.twitter.com/scrp1su9a6
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 10, 2021
Kedua-dua pihak turut mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak tersebut kepada setahun lagi.
Laporan sama turut mengesahkan Messi akan kekal menjadi pemain bola sepak profesional dengan pendapatan tertinggi di dunia, apabila PSG sanggup membayar pemain itu sebanyak €577,000 seminggu.
Secara keseluruhan, kontrak Messi bersama PSG boleh mencapai angka €105 juta untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan ini tidak termasuk bayaran bonus atau yuran perjanjian kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.
🎙💬 Nasser Al-Khelaïfi, Chairman and CEO of @PSG_English
“I am delighted that Lionel Messi has chosen to join Paris Saint-Germain and we are proud to welcome him and his family to Paris.” pic.twitter.com/Ty4wqTAZKW
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 10, 2021
Bagaimanakah PSG mungkin akan terlepas dari tindakan FFP mengambil kira kelab tersebut turut sudah berbelanja besar untuk pemain seperti Neymar, Kylian Mbappe dan deretan pemain bintang yang lain.
Menurut Forbes, Neymar menerima bayaran €82 juta, dan Mbappe pula dibayar sekitar €36juta semusim. PSG turut membayar €71 juta untuk perpindahan Achraf Hakimi dari Milan.
Begitu juga dengan pendapatan beberapa pemain lain seperti Sergio Ramos, Gianluigi Donnaruma dan Georginio Wijnaldum yang digabungkan telah mencecah angka €33 juta hanya dalam tempoh masa sebulan yang lalu.
Peningkatan sumber tajaan
Menurut peguam dan pengarah Institusi Perundangan Sukan (Sports Law Institute), Toni Roca, PSG kini tiada pilihan lain selain bekerja keras untuk menambah pendapatan melalui tajaan.
Perkara ini tidak sukar dicapai mengambil kira impak kehadiran Messi di PSG yang bakal membentu trio serangan paling bahaya di dunia bersama-sama Neymar dan Mbappe.
Kehadiran Messi itu sendiri sudah memberikan nilai tambah kepada PSG. Apatah lagi dengan adanya gandingan Messi-Mbappe-Neymar (MMN).
🇧🇷 Neymar
🇦🇷 Messi
🇫🇷 Mbappe👀 Best front 3 in the world? pic.twitter.com/RCDgEqbIYD
— SPORF (@Sporf) August 10, 2021
Penghijrahan Messi dari La Liga sudah pun memberikan impak terus kepada Barcelona. Jika sebelum ini Barcelona dianggap kelab yang mewah dengan tajaan kerana adanya pengaruh pemain seperti Messi, keadaan kini sudah pasti akan berubah.
Kegagalan mempertahankan Messi di Nou Camp turut menyebabkan keyakinan pelabur terhadap pengurusan Barcelona mulai kendur.
Brand Finance melaporkan bahawa nilai jenama kelab tersebut mengalami kemerosotan sebanyak 11% sebaik sahaja Barcelona mengumumkan Lionel Messi tidak lagi menjadi pemain mereka. Peratusan itu bersamaan dengan €137 juta.
Nilai tersebut bukan gambaran penuh apa yang PSG akan perolehi dari nilai pemasaran yang boleh dijana dari Messi. Tetapi hanya dengan kaedah pemasaran yang cekap, PSG akan mampu mengembalikan nilai €105 juta dibelanjakan untuk kontrak tiga tahun yang diberikan kepada Messi – tidak termasuk keuntungan.
Jual pemain sedia ada
Untuk menyeimbangkan akaun dengan kadar segera, maka PSG juga boleh menjual pemain sedia ada di dalam skuad utama mereka melalui dua atau tiga jendela perpindahan seterusnya sebelum audit FFP berkuatkuasa.
Nama-nama seperti Alphonse Areola, Abdou Diallo, Thilo Kehrer, Leandro Paredes, Idrissa Gueye, Rafinha Alcantara, Mauro Icardi, Pablo Sarabia dan Arnaud Kalimuendo adalah antara nama yang dilaporkan sedia untuk dijual oleh PSG.
#FCB 🔵🔴
💰 Con el fichaje, el gasto salarial llegaría a más de 300 millones de euros y Al-Khelaïfi necesitaría financiar el fichaje
💸 Kehrer, Diallo, Rafinha, Gueye, Icardi, Herrera, Sergio Rico, Areola, Kurzawa y Sarabia https://t.co/eaGjdGaoYr
— Diario SPORT (@sport) August 10, 2021
Menurut laporan MARCA, PSG dilaporkan bersedia untuk memperbaharui pasukan itu dengan melepaskan Alphonse Areola, Abdou Diallo, Thilo Kehrer, Leandro Paredes, Idrissa Gueye, Rafinha Alcantara, Mauro Icardi, Pablo Sarabia dan Arnaud Kalimuendo.
Areola dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League dengan West Ham memerhari rapat situasi pemain itu. selain PSG sanggup melepaskannya pemain itu pada harga €15 juta euro, manakala Abdou Diallo dan Thilo Kehrer dinilai pada harga sekitar €25 juta seorang.
Peredes pula dibenarkan pergi pada harga €20 juta, manakala Gueye dan Rafinha pada €15 juta. Icardi yang dilaporkan sedang mencari kelab baharu akan memberi pulangan sekitar €40 juta kepada PSG.
Perubahan peraturan FFP sendiri
FFP sebelum ini sering dikaitkan dengan PSG dan Manchester City. Untuk tempoh dua sehingga tiga tahun berikutnya, keadaan mungkin berubah selepas UEFA mengendurkan penguatkuasaan peraturan tersebut berkuatkuasa musim panas lalu.
Pengenduran peraturan ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk kelab yang memiliki struktur kewangan yang kukuh untuk berbelanja, sekaligus membantu aliran tunai dan kelab-kelab yang terpaksa menjual aset masing-masing demi kelangsungan.
Ini termasuklah membenarkan pemilik kelab-kelab elit di eropah meletakkan pelaburan tambahan dari poket sendiri kepada kewangan kelab seperti apa yang dilakukan pada Jun lalu.
PSG are now confident of signing Leo Messi. Negotiations are progressing well & the deal is reliant on FFP approval but PSG are convinced they can complete the agreement soon.
There’s no contact from Chelsea as of now – The Blues are focused on Lukaku.
(Via: Fabrizio Romano) pic.twitter.com/1PXGS4V5HC
— Transferchanger (@TransferChanger) August 6, 2021
Langkah ini bagaimanapun hanya dibenarkan dalam suasana pandemik ini. Ia termasuk sebarang kerugian melebihi €30 juta untuk tiga tahun audit secara berturut-turut tidak akan digunapakai untuk tindakan susulan disebabkan FFP.
Laporan kewangan untuk 2020 juga tidak akan diambil kira untuk audit FFP. Tetapi laporan kewangan tahun tersebut akan dibawa ke hadapan untuk 2021. Laporan kewangan untuk kedua-dua tahun tersebut akan diambil kira sebagai satu laporan yang akan diaudit bersama dan bebas dari peraturan FFP.
Ini bermakna sebarang kerugian melebihi €30 juta seperti sebelum ini tidak akan dikenakan tindakan, asalkan ianya jelas terdapat defisit kerugian disebabkan COVID-19. PSG sendiri dalam laporan kewangan sebelum ini melaporkan kerugian hampir €200 juta akibat pandemik itu.
Disebabkan keseluruhan keadaan ini seperti yang dijelaskan di atas, jangan hairanlah mengapa PSG dan Manchester City mampu berbelanja sesuka hati mereka pada musim panas ini.