Tempurung Retak Hingga Pendarahan Dalam Otak, Doktor Anggap Raul Jimenez Satu Keajaiban

Raul Jimenez

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez berkata doktor telah memberitahunya bahawa satu keajaiban beliau mampu kembali beraksi selepas mengalami kecederaan serius retak tempurung kepala pada November lalu.

Dalam kejadian itu, penyerang Mexico tersebut menerima rawatan hampir 10 minit di atas padang sebelum diusung keluar dan dikejarkan ke hospital. Hasil imbasan beliau didapati mengalami kecederaan otak traumatik utama (TBI).

Jimenez akhirnya kembali beraksi apabila diturunkan dalam perlawanan kompetitif pertamanya pada minggu lalu ketika pasukanya tewas 1-0 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun beliau dilihat perlu memakai pelindung kepala sama ada ketika latihan dan perlawanan. Kemungkinan besar ianya perlu dipakai sepanjang kariernya sebagai langkah berjaga-jaga kerana kecederaan yang dialaminya itu kebiasaannya mempunyai kesan jangka masa panjang.

“Sejak awal lagi, pakar bedah dan doktor telah memberitahu saya tentang apa yang berlaku dan risikonya. Mungkin ia bukan perkara yang kamu mahu dengar, tetapi sudah menjadi tugasan mereka,” ujar Jimenez.

“Tetapi mereka beritahu saya, ada satu keajaiban yang berlaku. Tempurung kepala saya ada keretakan dan ada sedikit pendarahan pada otak. Jadi pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin. Jadi para doktor telah melakukan tugas yang begitu luar biasa.

“Saya sentiasa mahu cepat pulih dan mahu kembali melakukan apa yang saya suka. Tak pernah saya terfikir untuk menamatkan karier saya terlalu awal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN