Pendakwaan Difailkan Di Sepanyol Terhadap Cristiano Ronaldo Atas Dakwaan Mengelak Cukai

Bintang antarabangsa Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak terbaru yang akan didakwa di Sepanyol atas dakwaan melakukan penipuan hasil cukai.

Berita ini mula disebarkan oleh Sky Sports melalui media sosial Twitter pada hari ini.

Laporan di akhbar Telegraph melaporkan Cristiano Ronaldo cuba menyembunyikan pendapatan yang beliau perolehi melalui hak imej.

Untuk tujuan itu, sebuah syarikat perniagaan yang dibuka oleh bekas pemain Manchester United itu pada tahun 2010 turut disiasat.

Pihak pendakwaraya memfailkan pendakwaan terhadap Ronaldo setelah menerima laporan daripada Agensi Cukai Sepanyol (AEAT).

(Photo credit should read GERARD JULIEN/AFP/Getty Images)

ESPN FC turut melaporkan Ronaldo telah dituduh oleh agensi berkenaan pada bulan lepas.

Agensi berkenaan mengsyaki cubaan penipuan dalam pembayaran cukai selepas siasatan lanjut pada akaun pendapatan dan jumlah cukai pemain tersebut yang menimbulkan keraguan.

Cristiano Ronaldo bukanlah pemain pertama dari La Liga yang dikenakan dakwaan sebegitu. Bintang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi dikenakan penjara 21 bulan atas dakwaan yang sama sebelum ini.

Javier Mascherano turut berhadapan dengan hukuman penjaea 12 bulan atas dakwaan cuba melarikan diri daripada cukai.

Ini bukanlah kes pertama  yang menyebabkan Cristiano Ronaldo terpaksa turun ke mahkamah pada tahun ini.

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Beberapa bulan yang lalu Ronaldo didakwa terlibat dengan satu kes rogol. Kejadian berkenaan didakwa berlaku di peringkat awal karier bola sepaknya.

Sebuah akhbar yang berpengkalan di Jerman, Der Spiegel melaporkan Ronaldo bertindak membayar wanita yang dirogol itu dengan jumlah wang sekitar $375,000 kira-kira 8 tahun lalu.

Pembayaran wang itu adalah untuk memastikan wanita tersebut menutup mulut daripada membongkar perkara itu kepada umum.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Cristiano Ronaldo, Johannes Kreile menafikan tuduhan berkenaan.

(Photo by Octavio Passos/Getty Images)

Cristiano Ronaldo adalah ahli sukan dengan nilai pendapatan tertinggi di dunia menurut FORBES.

Cristiano Ronaldo dikatakan memperolehi pendapatan sekitar £21 juta setahun selepas cukai daripada Real Madrid. Beliau turut memperolehi pendapatan sekitar £14 juta hasil hak imej dan tajaan daripada Nike.

Nilai di atas belum lagi termasuk bonus kemenangan dan sebagainya.

Ronaldo turut menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Fesyen dan perhotelan yang dibangunkan oleh bintang Real Madrid itu dianggarkan bernilai £80 juta.

Walaupun tiada angka yang tepat, nilai kekayaan Cristiano Ronaldo hasil pendapatan yang dijananya dianggarkan bernilai £315 juta.

Agak janggal untuk kita melihat dua pemain bola sepak terbaik dunia, juga antara ahli sukan terkaya meringkuk di penjara atas dakwaan penipuan hasil cukai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN