Pertembungan Malaysia dan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 pada Ahad merupakan pertemuan kesembilan antara kedua-dua pasukan dalam kejohanan dwi-tahunan tersebut.
Dalam lapan pertembungan sebelum ini, jelas ia seimbang dengan masing-masing menang sebanyak empat kali. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Piala AFF adalah pada edisi 2012, di mana Malaysia menang 2-0 ke atas Garuda. Ia membantu Malaysia untuk memintas Indonesia pada saat akhir untuk tiket separuh akhir.
Ia meragut ego dan keyakinan musuh Nusantara itu yang optimis akan mengatasi Malaysia yang sebelum itu tewas 0-3 kepada musuh Seberang Tambak, Singapura. Mereka pula belum tewas selepas seri 2-2 dengan Laos dan menang tipis 1-0 ke atas SIngapura – yang menang ke atas Malaysia. Mereka berkelebihan satu mata.
AFF Suzuki Cup 2020
Group Stage | Group B
Results and Standing
(FULL TIME) Cambodia 🇰🇭 3:0 🇱🇦 Laos
(FULL TIME) Indonesia 🇮🇩 0:0 🇻🇳 Vietnam
——————–#asiabet33 #afn #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #ASC2020 pic.twitter.com/GpOVDKXFAt— ASEAN Football News (@theafndotcom) December 15, 2021
Situasi yang sama ketika ini, Malaysia di belakang satu mata dan pertembungan kedua-dua musuh ini berlaku di hari akhir peringkat kumpulan. Keputusan seri tidak akan membantu Malaysia, hanya kemenangan diperlukan. Mereka juga belum lagi tertewas, sementara Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi sebelum ini.
Rekod jaringan menyaksikan Malaysia melakar 14 gol, sementara 13 gol dihasilkan Indonesia ke atas Malaysia.
Sepanjang tiga pertembungan edisi awal, ia berlangsung di pusingan separuh akhir, menyaksikan Malaysia menang dua daripadanya untuk mara ke pentas final iaitu pada edisi 1996 dan 2002. Pada edisi 2004, dalam dua aksi semifinal, Indonesia menang 5-3 secara agregat untuk melangkah ke final bertemu Singapura.
Where are they now: Malaysia's history makers of the 2010 AFF Suzuki Cup https://t.co/0FxSm0v6yE
— 🇲🇾إدوين 🇲🇾 (@SimpletonED) November 30, 2021
Di Piala AFF 2010, pertembungan adalah sebanyak tiga kali, sekali di peringkat kumpulan dan dua kali di pentas final. Ia edisi yang dramatik buat skuad kebangsaan apabila bermula sumbang, tumbang 1-5 ke atas Indonesia. Di final, Malaysia membalas dendam dengan kemenangan 4-2 secara agregat untuk julang kejuaraan sulung.
Sejak edisi pertama pada 1996, Safee Sali merupakan pemain terunggul mencetak tiga gol ke atas Indonesia diikuti Liew Kit Kong yang menghasilkan dua gol peribadi. Untuk edisi kali ini, kita memiliki beberapa pemain berpotensi untuk melakar jaringan ke atas lawan antaranya Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.
💥 The Safee Sali strike that sealed the 2010 #AFFSuzukiCup title for 🇲🇾 over 🇮🇩!
🤔 What's going to happen when these great rivals square off in Group B of #AFFSuzukiCup2020?#RivalriesNeverDie | #GoalOfTheDay pic.twitter.com/tmJBCNSCu5
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) November 15, 2021
Rekod peledak gol Malaysia ke atas Indonesia
3 gol: Safee Sali
2 gol: Liew Kit Kong
1 gol: Azamuddin Akil, Mahali Jasuli, Ashaari Shamsudin, Norshahrul Idlan Talaha, Khalid Jamlus, K. Sanbagamaran, Rusdee Sulong dan Shamsurin Abdul Rahman
Rekod 8 pertemuan Malaysia dan Indonesia
AFF 2012 (Peringkat Kumpulan): Malaysia 2-0 Indonesia
AFF 2010 (Peringkat Kumpulan): Indonesia 5-1 Malaysia
AFF 2010 (Final): Malaysia 3-0 Indonesia, Indonesia 2-1 Malaysia
AFF 2004 (Semifinal): Indonesia 1-2 Malaysia, Malaysia 1-4 Indonesia
AFF 2002 (Semifinal): Indonesia 0-1 Malaysia
AFF 1996 (Semifinal): Indonesia 1-3 Malaysia