Pencapaian Haaland Di Usia 21 Tahun Berbanding Messi & Ronaldo

Erling Haaland 21 Tahun

113 goal dalam 164 penampilan untuk kelab dan negara, pastinya sukar untuk percaya bahawa Erling Haaland telah meraih pencapaian setinggi itu hanya pada usia 21 tahun.

Pemain muda Norway itu juga telah meraih beberapa gelaran seperti Piala OFB, dua kejuaraan Bundesliga Austria dan satu DFB Pokal.

Untuk membuat perbandingan, mungkin kita boleh lihat semula pencapaian dua pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pada usia yang sama ketika mereka mula mencipta nama di Barcelona dan Manchester United.

Semasa Messi menyambut hari jadinya yang ke-21, beliau cuma menjaringkan 51 gol dalam skuad utama, ianya kurang dari separuh berbanding dengan rekod yang dicapai oleh Haaland. Ronaldo pula cuma menjaringkan 36 gol pada usia yang sama.

Mungkin kita juga boleh melihat perbandingan dengan pesaing Haaland pada zaman yang sama iaitu penyerang prolifik Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe yang berusia 19 bulan lebih tua dari Haaland.

Rekod penyerang Perancis itu ternyata lebih baik berbanding Haaland di mana beliau telah pun merekodkan 118 gol ketika berusia 21 tahun sepanjang beraksi untuk Monaco,PSG dan Perancis, iaitu lebih lima gol berbanding Haaland tetapi dengan kelebihan 35 perlawanan.

Ini bermakna Haaland mempunyai nisbah jaringan yang lebih baik berbanding Mbappe.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan tidak adil untuk membandingkan rekod yang dicapai oleh Haaland berbanding tiga pemain yang disebutkan kerana beliau sebelum itu beraksi di liga Austria yang kurang kompetitif berbanding liga England, Sepanyol dan Perancis.

https://twitter.com/UtdLedger/status/1409537454336577542?s=20

Namun kekurangan yang paling jelas buat Haaland adalah dalam menjuarai gelaran utama di mana Messi dan Ronaldo masing-masing telah menjulang trofi liga dan Eropah pada usia yang sama.

Namun semua rekod itu tidak mampu menandingi pencapaian legenda paling agung dalam sukan bola sepak dunia iaitu Pele. Penyerang Brazil ini telah mengumpul 282 ada usia itu, walaupun terdapat pertikaian mengenai ketepatan rekod semasa beraksi untuk kelab Brazil, Santos.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Erling Haaland:

Haaland Naik Berat Sejak Sertai Dortmund, Tetapi Larian Semakin Laju

Sambung Kontrak Cavani, Isyarat Manchester United Takkan Beli Kane Atau Haaland?

Mino Raiola Tekad Jadikan Haaland Pemain Pertama Dunia Terima £1 Juta Seminggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN