Penantian Berakhir, Bayern Munich Sah Bakal Lepaskan Lewandowski Buat Barcelona

Bayern Munich telah pun mengumumkan mengenai status penyerang berbisa mereka, Robert Lewandowski sah bakal tinggalkan kelab untuk menyertai Barcelona selepas mendapat persetujuan hasil kata sepakat dua pasukan tersebut.

Penyerang berusia 33 tahun itu dikhabarkan bakal menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak €45 juta serta €5 juta sebagai nilai tambahan menurut ESPN.

Pemenang Anugerah Kasut Emas ini juga dikhabarkan bakal menyertai rakan sepasukan baharunya itu pada minggu ini juga untuk aksi pra-musim di Amerika Syarikat.

Oliver Kahn selaku Ketua Eksekutif Bayern Munich bersetuju dengan perpindahan tersebut selain menyatakan urusan tersebut setakat ini sudah pun diselesaikan menerusi perbincangan dua pihak.

“Kami bersetuju untuk melepaskan Lewandowski setelah mendapat persetujuan dua pihak. Namun setakat ini kontrak tersebut masih lagi tergantung walaupun kedua pasukan sudah mencapai kata sepakat.

“Kami mengetahui bila untuk mengucapkan terima kasih buat Lewandowski atas segala jasa beliau bersama kelab.

“Namun inilah Bayern Munich. Pemain hebat akan sentiasa keluar dan masuk daripada pasukan. Namun kelab ini tidak pernah jatuh, malah ia akan terus melakar kejayaan demi kejayaan,” ujar Kahn.

Persetujuan tersebut telah dibuat pada pagi Sabtu dengan Herbert Hainer selaku Presiden Bayern menyetujuinya.

Lewandowski bakal bersama Pablo Torre, Franck Kessie, Andreas Christensen, serta Raphinha selaku pemain baharu yang direkrut oleh Barcelona dalam usaha mereka untuk mengukuhkan skuad bagi saingan LaLiga dan Champions League bawah kendalian Xavi Hernandez.

Sejak bulan lalu, ESPN telah pun melaporkan mengenai tawaran yang dibuat oleh Barcelona dalam usaha untuk mendapatkan pemain tersebut menyertai mereka.

Walaupun pada awalnya perbincangan tersebut tidak begitu memberi impak buat dua pasukan itu, namun selepas pertemuan secara bersemuka, nyata ada perkara positif dilakar buat Barcelona.

Dalam masa sama, Frenkie de Jong turut tersenarai dalam nama-nama pemain Barcelona yang bakal beraksi dalam saingan pra-musim ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Menurut ESPN, sumber mengatakan de Jong tersebut masih lagi diinginkan oleh Manchester United dan kelab tersebut bakal membuat persediaan sehingga tarikh akhir perpindahan pemain pada bulan September ini untuk melanjutkan perkara itu.

Selain itu, Bayern mengesahkan tonggak pemain serangan mereka iaitu Serge Gnabry sah bakal melanjutkan kontrak bersama kelab apabila sudah pun menandatangani kontrak sehingga 2026.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN