Penang Perkenal Penyerang Berbisa Baharu Dari Australia

Penang secara rasminya kini telah pun memperkenalkan penyerang import baharu mereka selepas tirai perpindahan kedua Liga Super 2024/2025 dibuka beberapa hari lalu demi memantapkan jentera hadapan mereka.

Ianya dikongsikan sendiri melalui media rasmi pasukan tersebut sebentar tadi dengan Penang mempertaruhkan penyerang baharu bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini iaitu Dylan Wenzer Halls.

Perkongsian tersebut jelas mendapat maklum balas cukup positif dalam kalangan peminat bola sepak kelab tersebut selepas mereka tampil hambar di jentera serangan bagi persaingan Liga Super.

Statistik Penang di posisi serangan musim ini boleh dianggap cukup mengecewakan dengan impak dibawa oleh penyerang import sebelum itu, Rodrigo Dias kurang memberansangkan.

Selepas mengharungi lapan perlawanan, Penang hanya merekodkan 10 jaringan selain bintang Brazil hanya mampu mencipta tiga gol sahaja di pentas Liga Super.

Maka desakan mula timbul di media sosial, dengan segelintir penyokong mahu perubahan lebih positif buat jentera serangan The Black Panthers musim ini.

Kehadiran Dylan dianggap mampu memberi dimensi perubahan lebih positif buat Penang jika dilihat daripada segi kualiti, pengalaman, serta faktor kesesuaian corak permainan bawah kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Secara keseluruhan, bekas penyerang Central Coast Mariners ini telah pun meledak 23 gol daripada 115 penampilan keseluruhan beliau di Australia bersama kelab berbeza selain turut merekodkan tujuh bantuan gol.

Dylan juga turut menjaringkan gol di pentas AFC pada saingan lalu ketika beliau mewakili Central Coast Mariners dengan bertindak cukup cemerlang selaku peledak utama.

Walaupun daripada segi statistik mungkin dianggap sedikit meragukan, impak permainan diberikan oleh Dylan cukup menyakinkan menerusi kelincahan serta kedudukannya tepat untuk menerima umpanan.

Kehadiran Dylan pastinya sangat ditagih Akmal kerana Penang bakal berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan, serta Kuala Lumpur City (KL City) bulan ini sebaik tirai saingan kembali bersambung.

Secara keseluruhan, Penang kini memiliki dua penyerang import untuk dipertaruhkan mereka pada baki saingan Liga M, dengan Dylan berkemungkinan bakal digandingkan bersama Rodrigo.

Selain itu, Penang juga turut memiliki barisan serangan tempatan berkualiti seperti Alif Ikmalrizal, serta Nabil Latpi yang sentiasa bersedia untuk dipertaruhkan Akmal dalam permainan.

Pandangan anda pula, adakah Penang perlu menambah lagi kekuatan pemain baharu atau terus kekal dengan apa dimiliki kini untuk mengharungi saingan liga?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN