Penang Miliki Laluan Berliku Untuk Cuba Raih 3 Mata Bertemu KL City

Penang dilihat memiliki laluan berliku sebenarnya untuk menamatkan aksi kemarau tanpa kemenangan dalam saingan Liga Super 2024/2025 seterusnya dengan membabitkan kelab itu bertemu Kuala Lumpur City (KL City).

Setakat ini, Penang meneruskan rentak tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan dengan hanya memperoleh dua seri serta satu kekalahan besar di tangan Kuala Lumpur City (KL City).

Entah di mana silapnya, pasukan ini dilihat bergelut daripada segi prestasi terutama membabitkan aspek serangan serta pertahanan yang dianggap terlalu rapuh untuk diatasi lawan.

Statistik tiga perlawanan lalu menyaksikan skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah dibolosi sembilan gol serta hanya meraih empat jaringan sahaja secara keseluruhan untuk menggambarkan kelemahan semasa pasukan.

Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan pada 1 Ogos lalu sewaktu Penang mencatat kemenangan 3-0 mengatasi cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) di halaman sendiri.

Aksi ditampilkan pasukan itu kebelakangan ini mendapat kritikan daripada segelintir penyokong yang menyifatkan Penang tampil tidak fokus terutama menjengah minit akhir perlawanan.

Sudah tentu perlawanan seterusnya ini para peminat mengharapkan sesuatu lebih baik daripada kelab tersebut untuk kembali bangkit mendapatkan tiga mata seterusnya.

Walaupun begitu, situasi semasa kini dianggap sedikit sukar buat Penang kerana lawan mereka hari ini iaitu KL City sedang berada dalam momentum cukup baik selepas mereka memperoleh kemenangan kedua di pentas ACC Shopee Cup.

Terdahulu, KL City berjaya memastikan para penyokong pasukan tersebut tampil berbangga apabila mereka mengetepikan salah satu pasukan gergasi Indonesia, Borneo Samarinda menerusi keputusan 1-0.

Jaringan tunggal daripada Brendan Gan sudah cukup untuk mengesahkan tiga mata seterusnya buat pasukan itu untuk terus terbang jauh dalam kejohanan ACC Shopee Cup.

Walaupun hadir dengan serba kekurangan serta dihantui isu tunggakan gaji, skuad kendalian Miroslav Kuljanac dianggap masih mampu untuk memberikan mimpi ngeri buat mana-mana pelawat di Cheras.

Sudah tentu momentum positif itu sedikit sebanyak mampu memberi kesan buat Penang untuk cuba meraih mata di gelanggang lawan walaupun mereka sebenarnya memiliki barisan pemain lebih baik jika dibandingkan KL City.

Apapun, kami menjangkakan aksi sengit bakal ditampilkan kedua pasukan kerana KL City juga sudah tentu ingin meraih tiga mata penting di pentas Liga Super selepas mereka mencatat kekalahan 0-1 di tangan Perak pada aksi lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN