Penang Lepaskan Hilal El-Helwe Sebelum Piala Malaysia Bermula

Penang telah melepaskan pemain penyerang mereka iaitu Hilal El-Helwe sebelum saingan Piala Malaysia bermula.

Keputusan itu diambil selepas kedua-dua pihak telah sepakat untuk berpisah sebelum musim 2022 berakhir.

Walaupun ianya adalah keputusan bersama, akan tetapi Penang secara terbuka menyatakan kesedihan mereka terpaksa berpisah dengan penyerang import itu.

“Pemain import Penang FC dari Lubnan Hilal El-Helwe telah mencapai persetujuan dengan Kelab untuk menamatkan kontraknya atas dasar persetujuan bersama dan tidak akan bersama pasukan dalam saingan TM Piala Malaysia 2022 yang telah dijadualkan bermula minggu depan.

“Dengan rasa dukacita, Pengurusan mendoakan yang terbaik untuk kerjayanya di masa hadapan dan keberkatan buat keluarga,” tulis Penang di Facebook mereka.

Setakat ini, belum diketahui lagi apa punca sebenar kenapa Hilal dilepaskan oleh Penang.

Namun begitu, perpisahan Hilal dengan pasukan itu pastinya menghadirkan reaksi positif kerana impak diberikan beliau tidaklah seperti yang diharapkan.

Untuk rekod, Hilal melakukan 19 penampilan Liga Super dengan hanya menjaringkan lima gol dan dua bantuan gol.

Rekod itu dilihat berada dibawah par bagi seorang pemain import yang diharap akan menjadi tunjang mencari gol.

Ketika ini, Lucas Silva dilihat lebih berkesan dan digemari oleh penyokong Penang dan beliau pastinya akan diharapkan untuk merobek gawang lawan.

Penang akan memulakan cabaran Piala Malaysia musim ini apabila bertemu Kuching City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN