Penang FC Menang, Tapi Tomas Trucha Tak Gembira

Tomas Trucha Penang fc Perak fc 2021 tidak gembira

Penang FC akhirnya menang ke atas jiran mereka, Perak FC selepas kali terakhir melakukannya pada Mei 2009, tetapi ia tidak membuat Tomas Trucha gembira.

Penang bangkit selepas ketinggalan untuk menundukkan Perak di Stadium Bandaraya dengan keputusan 2-1 dan meletakkan mereka di kedudukan ke-4 saingan Liga Super 2021 dengan 11 mata, berkongsi mata bersama Terengganu FC.

Ia satu perlawanan fizikal antara kedua-dua pasukan. Tidak kelihatan hantaran-hantaran kreatif yang mampu dihasilkan oleh jentera tengah masing-masing.

Begitupun, Penang tetap berjaya meledak dua gol disebabkan kegagalan pertahanan pelawat untuk mengeluarkan bola segera daripada kawasan kotak penalti. Dua gol itu telah dihasilkan oleh penyerang, Casagrande dan bek tengah, Rafael Vitor.

Menurut Tomas Trucha di sidang media, “Sejarah itu [menang ke atas Perak] adalah buat anda. Jika anda tidak beritahu, saya pun tidak akan tahu. Bagi saya, selepas ini kami akan berdepan Melaka United dan kemudian Sabah FC.”

Katanya tentang perlawanan malam ini, “Keputusan okay, tetapi untuk persembahan pasukan tidak. Kami tidak beraksi baik sepanjang perlawanan. Bek tengah dan penjaga gol mungkin okay, tetapi secara berpasukan kami tidak bermain baik.”

“Saya mengharapkan lebih lagi daripada para pemain tuntuk permainan mereka. Jika anda bermain baik, selepas beberapa perlawanan anda akan dapat keputusannya. Bagi saya, lima aksi sebelum ini, anda ketikanya kami bermain seperti yang saya mahukan, tetapi hari ini, sebagai jurulatih saya lihat banyak perkara perlu diperbaiki,” jelasnya.

Penang dilihat bergelut untuk mencipta peluang dan ini yang sangat merisaukan Tomas Trucha terutamanya cara permainan berpasukan walaupun ada beberapa pemain yang boleh dikatakan bermain baik menewaskan Perak di Stadium Bandaraya.

“Untuk hari ini, semua bahagian bermasalah. Di tengah kami tidak kompak, tidak tersusun dan beri ruang kepada pemain Perak. Ya, kami tahu mereka bagus, jadi perancangan kami adalah untuk menyukarkan mereka,” tegas Tomas Trucha.

“Tetapi, apa yang saya nampak, mereka [Perak] mencipta banyak peluang, saya tidak sukakannya. Saya percaya kami boleh bermain lebih baik tetapi saya akui, tidak mudah untuk bangkit daripada ketinggalan kepada pasukan seperti Perak.

“Tetapi untuk bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menang 2-1, saya gembira pemain saya kembali bangkit, tetapi saya nampak kita boleh buat yang lebih baik,” tambahnya sambil menegaskan permainan berpasukannya kurang menjadi.

Sementara itu, Casagrande akhirnya membuka akaun jaringannya di saingan Liga Super musim ini selepas meledak jaringan penyamaan di minit ke-43 dan kemudian Rafael Vitor berjaya menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-71.

Gol pembukaan dan pendahuluan oleh The Bos Gaurus pula telah dihasilkan oleh pemain tengah, Careca di awal babak pertama pada minit ke-12.

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel lain mengenai Tomas Trucha dan Penang FC:

Tomas Trucha Beri Pandangan, Adakah Ini Perlawanan Terbaik Penang FC?

Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan

Endrick Dos Santos ‘Rehat’ Panjang, Penang FC Masih Ada Danial Ashraf

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN