Penang FA Lantik Peguam Dari Bulgaria Untuk Bawa Kes FIFA Ke CAS

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengesahkan telah melantik seorang peguam dari Bulgaria, Vassil Dimitrov untuk merujuk kes pemotongan mata oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabansga (FIFA) baru-baru ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden FAP, Dr Amar Pritpal Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA hari ini.

Menurut Pritpal, Dimitrov adalah peguam yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan kes serupa. Kini FAP akan bekerjasama dengan peguam tersebut untuk menyiapkan dokumentasi yang diperlukan sebelum kes dirujuk secara rasmi kepada CAS pada minggu hadapan.

Dr. Amar Pritpal, FAP
FOTO: FA Penang

Ketika bercakap kepada wartawan BERNAMA, Pritpal berkata:

“Pelantikan peguam Dimitrov yang berbangsa Bulgaria atas sebab pengalaman beliau dalam mengendalikan kes-kes sedemikian dan surat rayuan yang disiapkan peguam juga akan diteliti oleh pihak FAP sebelum diserahkan kepada CAS.

“Selepas pelbagai usaha yang dilakukan…saya berharap CAS akan meneliti rayuan kami dan memberikan satu keputusan yang adil,” katanya.

Pulau Pinang

Sebelum ini Penang FA dikenakan pemotongan mata oleh FIFA selepas gagal mematuhi arahan badan induk bola sepak dunia itu berhubung pembayaran gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo.

Bulan lepas, FAP dikenakan pemotongan enam mata oleh FIFA ekoran gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA untuk menjelaskan tuntutan rasmi bekas pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo.

Keputusan tersebut sekaligus menafikan hak Penang FA untuk beraksi di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Dr Amar mengesahkan kos rayuan dijangka akan mencecah hampir RM47,000 tetapi ia penting demi untuk menyelamatkan maruah pasukan bola sepak negeri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN