Penampilan Terbaru Samir Nasri Yang ‘Overweight’ Tarik Perhatian Ramai

Nama Samir Nasri bukanlah asing di kalangan pengikut Premier League. Malah rata-rata dari kita akan terkenang akan kelincahan dan kebijaksanaan pemain ini membuat berisan pertahanan lawan kacau bilai ketika masih bersama Arsenal dan Manchester City.

Nasri suatu ketika dahulu dianggap sebagai salah seorang playmaker terbaik pernah beraksi di Premier League, dan sering kali memberi igauan kepada mana-mana pemain lawan yang cuba mengawal gerakan pemain ini.

Namun demikian, penampilan terbaru pemain ini, sebulan selepas mengumumkan persaraan daripada bola sepak mengejutkan ramai.

Baru sahaja berusia 34 tahun, Nasri adalah salah seorang pemain yang dijemput untuk beraks dalam perlawanan amal digelar ‘Match des Heros’. Ia adalah perlawanan membabitkan legenda-legenda Marseille dan pasukan jemputan yang dibentuk untuk mewakili UNICEF.

Apa yang mengejutkan, Nasri kelihatan terlebih berat (overweight), seakan-akan tidak menggambarkan beliau hanya bersara daripada bola sepak sebulan yang lalu.

Susuk tubuh bekas pemain antarabangsa Perancis itu kelihatan amat berisi dengan bahagian perut ke hadapan.

Imej Nasri dalam perlawanan tersebut segera menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai jenis respon.

Walaupun baru sebulan mengumumkan diri bersara daripada bola sepak, Nasri sebenarnya sudah setahun tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dilepaskan oleh Anderlecht.

Karier Nasri sebenarnya tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Beliau dilabelkan mata duitan ketika meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester City pada 2011.

Penhujung karier beliau di Etihad juga tidak berakhir dengan baik apabila dilabel angkuh sehingga turut dipinggirkan oleh rakan sepasukan lain di bilik persalinan City.

Pada 2018, karier pemain ini terus berhadapan kesukaran apabila digantung selama 6 bulan oleh UEFA kerana didakwa mengambil 500 mililiter (ml) air steril yang mengandungi komponen nutrien mikro pada 26 Disember 2016 ketika bercuti.

Samir Nasri digantung daripada sukan bola sepak bagi memberi laluan kepada siasatan terhadap dirinya yang didakwa mengambil rawatan hidrasi intervena di salah sebuah klinik di Los Angeles – di mana beliau mendapat suntikan tersebut.

Perkara tersebut melanggar peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang menetapkan hanya 50ml air campuran seperti itu dibenarkan dalam tempoh enam jam bagi atlet yang masih aktif.

Turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah bekas pemain seperti Robert Pires, Marcel Desailly, Fabrizio Ravanelli dan Didier Drogba yang sepasukan dengan Nasri.

Manakala Eric Abidal, Esteban Cambiasso, Patrick Kluivert dan Gaizka Mendieta pula mewakili UNICEF.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN